Inilah Tanda-Tanda Dan Punca Buah Pinggang Bocor, Anda Mungkin Berisiko Ketahui Rawatannya.

Inilah Tanda-Tanda Dan Punca Buah Pinggang Bocor, Anda Mungkin Berisiko Ketahui Rawatannya. | Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.

Di dalam nephrotic syndrome atau masalah buah pinggang bocor, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.

Buah Pinggang Bocor

BACA JUGA: Jika Suami Yang Teman Ketika Bersalin Beruntunglah Isteri, Satu Dalam Seribu!

Apakah Punca Penyebab Masalah Buah Pinggang Bocor?

Nephrotic syndrome lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit nephrotic syndrome kebanyakannya tidak diketahui (idiopathic).

Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan Kencing manis.

Tanda-tanda Nephrotic Syndrome ( Masalah Buah Pinggang Bocor )

Nephrotic syndrome menyebabkan pengidapnya:

  • Menjadi lemah dan tidak bermaya.
  • Kencing menjadi berbuih-buih.
  • Mata dan muka kelihatan bengkak pada waktu pagi setelah bangun dari tidur dan kaki kelihatan bengkak pada waktu petang akibat berdiri.
  • Perut kembung, sakit perut dan cirit-birit juga boleh berlaku.

Komplikasi Nephrotic Syndrome ( Buah Pinggang Bocor )

  • Untuk kanak-kanak, penyakit ini boleh membantutkan pembesaran tubuh dan menyebabkan pesakit dimasukkan ke wad hospital sehingga sembuh.
  • Antibodi badan menjadi lemah. Ini menyebabkan pesakit tadi mudah terkena jangkitan kuman yang boleh membawa maut.
  • Air yang berkumpul di selaput paru-paru dan tisu badan menjadi tempat pembiakan kuman. Ini menyebabkan jangkitan paru-paru dan sebagainya.
  • Komplikasi yang menakutkan ialah kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir atau End Stage Renal Failure (ESRF) di mana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi.
  • Darah menjadi pekat kerana air keluar dari salur darah ke tisu berhampiran. Penyakit salur darah seperti salur darah di dalam kaki tersumbat (Deep Vein Thrombosis) boleh berlaku.
  • Ubat yang diambil iaitu Steroids juga memberi banyak kesan sampingan.

Rawatan Nephrotic Syndrome ( Buah Pinggang Bocor )

  • Pada kebiasaannya, ubat steroid iaitu prednisolone diberikan mengikut berat badan sehingga tiada protein di dalam air kencing. Kemudian, dos ubat ini akan dikurangkan dengan perlahan-lahan.
  • Sekiranya muka dan badan bengkak air sehingga boleh mengancam nyawa, maka diuretics atau ubat kencing akan diberikan mengikut kes-kes dan berhati-hati.
  • Protein Albumin akan dimasukkan ke dalam salur darah untuk meningkatkan albumin di dalam darah dan hanya diberikan kecuali di dalam kes-kes tertentu. Pada kebiasaanya ia tidak diberi.
  • Antibiotic juga akan diberi sekiranya terdapat jangkitan

DIET – Pengambilan garam perlu dikawal. Jangan mengambil garam berlebihan. Pengambilan air juga hendaklah dikawal mengikut kes terutama mengalami bengkak air (Edema) yang teruk.

Walau bagaimanapun air tidak perlu dikawal keterlaluan di dalam kes-kes biasa. Pengambilan kalori dan protein yang baik adalah penting untuk pengidap penyakit nephrotic atau buang pinggang bocor.

BACA JUGA: Anda Berisiko Diserang Penyakit Buah Pinggang Jika Tidak Mengawal 7 Makanan Ni Dalam Menu Harian

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three + six =