Bosan Asyik Kek Batik Coklat? Tiba Masa Cuba Kek Batik Horlicks Pula!

Bosan Asyik Kek Batik Coklat? Tiba Masa Cuba Kek Batik Horlicks Pula! | Cakap soal buat kek, ramai yang terus surrender kerana mungkin pernah gagal beberapa kali sebelum ini.

Sebab itulah pelbagai resepi pemanis mulut ringkas dikongsikan untuk menjadi rujukan semua. Kali ini resepi kek ini pula mendapat perkongsian ramai di laman sosial. Jom cuba!

Bahan-bahan kek batik horlicks:

  1. 250g butter
  2. 1/2 cwn susu pekat
  3. 200g Horlicks
  4. 1 biji telur
  5. Sedikit pewarna putih
  6. 250g biskut Marie

kek batik

Cara-cara

  1. Guna api paling kecil, cairkan butter,dan tambah susu pekat.
  2. Masukan Horlicks sedikit demi sedikit dan pewarna putih, gaul sebati.
  3. Tambah telur yg telah dipukul, gaul laju. Tutup api.
  4. Akhir sekali masukkan biskut marie yang dipatah-patah kecil.
  5. Masukan adunan dalam loyang atau bekas, tekan-tekan hingga padat dan rata. Sejukkan semalaman sebelum dipotong.

kek batik kek batik

Sumber: Food Viral

BACA: Resipi Kek Gula Hangus Cara Paling Mudah, Guna Rice Cooker Je!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

4 × 5 =