Bina Rumah Atas Tanah Sendiri, Wanita Ni Kongsikan Perkara Anda Perlu Tahu!

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri, Wanita Ni Kongsikan Perkara Anda Perlu Tahu! | Teringin nak bina rumah impian di atas tanah sendiri yang ada di kampung sebagai persiapan sebelum pencen, memang menarik direalisasikan.

Apatah lagi dikatakan bila membina rumah di tanah sendiri, kita akan boleh memiliki kediaman jauh lebih besar dan luas bahkan lebih murah kosnya berbanding membeli rumah sedia ada yang ditawarkan kepada pengguna.

Hal ini membuatkan kita akan rasa teruja untuk segera membina rumah di tanah sendiri. Pun begitu, fahami dahulu langkah-langkah dan aturannya untuk melancarkan lagi proses untuk anda membina rumah idaman keluarga seperti mana yang dikongsikan ini.

“Puan, kalau bajet saya RM300ribu, berapa bilik tidur saya boleh dapat.”

BACA JUGA :: Ketahui Ciri-Ciri Rumah Patuh Syariah Sebelum Membeli Atau Menyewa Rumah

Ini jawapan untuk mereka yang tidak pernah terlibat dalam proses bina rumah.

Amaran, ini bukanlah keterangan teknikal dan detail. Hanya bantu beri gambaran sahaja.

1. Nak bina rumah, syarat wajib adalah mesti ada tanah, yang gerannya atas nama sendiri dan status tanahnya adalah untuk bina bangunan. Jika ada masalah dengan nama dan status geran, selesaikan dahulu di pejabat tanah tempat geran itu dikeluarkan.

2. Dapatkan ukuran tanah yang tertera dari geran tanah tersebut.

3. Dari keluasan tanah itu, buat anjakan 20 kaki ke hadapan, 10 kaki ke kiri, kanan dan belakang. Kira keluasan sebenar setelah dianjak dan itulah keluasan maksima rumah boleh didirikan.

4. Contoh penggiraan seperti dalam gambar.

Jika lebar tanah 60 kaki, anjakan 10 kaki di kiri dan kanan, maka lebar rumah yang boleh dibina adalah 40 kaki.

Dan jika panjang tanah 80 kaki pula, anjakan 20 kaki di depan dan 10 kaki di belakang, maka baki panjang rumah adalah 50 kaki.

Maka besar rumah yang dibenarkan untuk dibina adalah 40′ x 50′ = 2000 kaki persegi.

5. Mengenai bajet pula, kena ingat, untuk bina rumah sempurna, ada tiga bajet yang harus diketepikan.

– bajet pre binaan untuk kos penyiasatan tanah, batu sempadan, pelan lukisan, yuran profesional arkitek dan jurutera, proses memohon kebenaran membina bangunan di pejabat tanah. Kosnya boleh anggarkan jadi 5% dari bajet sedia ada.

– kos keseluruhan membina lengkap dengan lekapan dan aksesori biasa. Itu saja boleh cecah 90% dari bajet dengan syarat tiada kerja tambahan atau pertukaran semasa rumah sedang dibina.

– bajet selepas binaan seperti deposit air, lektrik, kumbahan, permohonan sijil perakuan siap dan selamat diduduki, deco dan aksesori lain. Ini ambillah 5%.

6. Dengan keluasan dan bajet yang owner ada, owner ada dua pilihan. Samada membina mengikut keluasan yang dia mahu ATAU membina mengikut bajet yang dia ada.

7. Cara pertama, untuk membina mengikut keluasan yang dia mahu, owner bolehlah mendesain secara kasar pelan rumah idamannya mengikut besar ruang yang dia mahu.

Ada beberapa ruang utama yang perlu ada iaitu ruang tamu, ruang makan, dapur, 1 bilik tidur kelamin, dan 2 bilik tidur biasa termasuk dua bilik air.

Ruang lain seperti surau, ruang menonton tv, ofis kecil, stor dan lain lain tu terpulang pada owner.

8. Kemudian, kiralah jumlah keluasan pelan yang dibuat itu. Jika muat dengan keluasan binaan atas tanah yang dibenarkan, tiada masalah. Jika tidak muat, owner boleh fikirkan pilihan membina rumah dua atau tiga tingkat.

9. Kemudian, owner boleh mula mereiki harga binaan dari kontraktor tempatan. Jika owner nak buat rumah di Johor Bharu atau Kuala Lumpur, tanya kontraktor di situ. Jangan tanya harga kontraktor di Sg Petani pula. Jauh bezanya. Kos berbeza mengikut harga buruh.

bina rumah

10. Selalunya pertanyaan biasa adalah “berapa harga bina per sq ft?”. Jika jawapan yang diberi adalah RM180/sqft, maka owner boleh buat anggaran kiraan dengan pelan keluasan kasar yang dibuatnya tadi.

Katalah pelan lakaranya seluas 4500 kaki persegi, kiralah 4500kaki/segi x RM180 = RM810ribu. Inilah anggaran bajet binaan.

Ingat, ini hanyalah 90% dari keseluruhan bajet. Jika dikira semula, owner perlu sediakan jumlah keseluruhan 100% atau RM900ribu.

11. Cara kedua adalah, jika owner ada bajet RM300ribu, bajet binaan pula adalah 90% sahaja iaitu RM240ribu.

Katalah harga binaan kontraktor adalah RM130/sqft.

Maka, kiralah RM240ribu/RM130sqft = 1846 kaki persegi.

Bermakna, itulah luas keseluruhan rumah yang boleh dibina.

12. Selepas buat anggaran bajet, maka owner bolehlah berjumpa arkitek dan mulakan proses pre binaan. Tempoh proses ini dalam 3 hingga 6 bulan. Sudah dapat kelulusan membina pula, barulah cari kontraktor yang ada lesen CIDB.

13. Alternatif, owner juga boleh minta kontraktor, berbincang secara jujur mengenai bajetnya dan minta kontraktor uruskan segala pelan dengan arkitek dan kelulusan membina.

14. Ingat ni, jangan mudah terpedaya dengan harga paling murah dalam pasaran. Sudah banyak kes, harga yang paling murah itulah akhirnya rumah rosak, tidak selamat dan terbengkalai.

15. Buat kenduri masuk rumah baru nanti, jangan lupa ajak saya.

Sumber : Mahanom Mohammad

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

twenty − 10 =