Bila Kawan Sakit Mata,Betul Ke Kalau Pandang Matanya Boleh Berjangkit?

Dari kecil kita diajar untuk mengelak memandang mata kawan yang alami sakit mata. Dengan mata merah menyala, bengkak dan dipenuhi tahi mata, bila kawan mendekati, kita segera berpaling dari bertentang mata dengannya.

Alasan kita takut berjangkit. Malah kita akan menyuruh dia balik atau kalau dia tak nak angkat kaki, kita yang blah dulu sebab takut berjangkit.

Benarkah memang mata orang sakit boleh berjangkit?

Perkongsian artikel dari Dr Abdul Latif Saad dari page The Diagnosa Original mengungkai kenyataan ini. Ye ke kita boleh berjangkit?.

sakit mata

Dalam masyarakat ada yang menyebarkan hal ini di mana mereka menyatakan kalau kita lihat mata orang yang sedang sakit mata, maka mata kita pun akan berjangkit dan menyebabkan sakit mata tersebut.

Adakah perkara ini benar?

Sebelum itu, mari kita bincangkan berkenaan penyakit ini dahulu. Pesakit yang mengalami mata merah serta gatal ataupun sakit selalunya akan di diagnos mengalami penyakit konjunktivitis. Ia disebabkan keradangan pada selaput konjunktiva yang terletak pada belakang kelopak mata.

Masalah ini selalunya disebabkan jangkitan bakteria dan juga virus. Selain itu, ia juga boleh disebabkan alahan (allergy) ataupun kecederaan disebabkan tumpahan bahan kimia pada bahagian mata tersebut.

Tanda-tanda jangkitan konjunktivitis

Pesakit selalunya akan mempunyai tanda

  • mata pedih
  • mata gatal
  • mata merah
  • akan ada cecair kuning jika jangkitan tersebut disebabkan bakteria
  • kelopak mata melekat

Jika pesakit mempunyai masalah ini, pesakit perlulah cepat pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana ia boleh berjangkit kepada orang lain.
Tetapi adakah jangkitan itu dengan hanya melihat mata orang lain ataupun orang lain melihat matanya?

Cara Jangkitan konjunktivitis

Jangkitan konjunktivitis selalunya berlaku melalui sentuhan langsung kepada cairan yang dikeluarkan oleh mata pesakit sebagai contoh penggunaan tuala yang sama, penggunaan barang peribadi yang mendedahkan orang lain pada kuman tersebut.

Bagi jangkitan yang disebabkan oleh virus, ia boleh disebarkan melalui titisan air dalam udara. Sebagai contohnya seseorang yang sedang mengalami konjunktivitis bersin ataupun batuk, kuman tersebut boleh masukkan ke dalam udara dan pergi ke mata mereka yang berdekatan. Ini juga boleh menyebabkan jangkitan kuman tersebut

BACA JUGA: Sakit Mata Berjangkit Melalui Pandangan Mata? Ini Penerangan Dari Doktor!

Kesimpulan

Masalah mata merah atau sakit mata atau konjunktivitis tidaklah merebak dengan cara pandang mata pesakit. Kerana kuman tersebut tidak akan sampai ke mata orang lain dengan cara merenungnya. Tetapi ia berjangkit dengan cara yang telah saya terangkan di atas.

Walaubagaimanapun, pesakit yang mengalami masalah ini adalah sangat mudah menjangkiti orang lain. Oleh itu, pesakit dinasihatkan untuk pergi berjumpa doktor jika anda mempunyai masalah tersebut

Untuk bacaan sepenuhnya mengenai konjunktivitis. Boleh rujuk link ini: Konjunktivitis.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 × three =