Bila Badan Penat, Jangan Sesekali Buat 6 Perkara Ini Boleh Menjejaskan Kesihatan

Bila Badan Penat, Jangan Sesekali Buat 6 Perkara Ini Boleh Menjejaskan Kesihatan | Tiada siapa yang boleh menolak rasa penat, mengantuk dan tidur. Setiap orang punya rasa penat dari segi fizikal mahupun mental dan jalan terbaiknya ialah berehat tapi ada juga yang menolak berehat kerana kekangan masa.

Tidak berehat ketika penat boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan pada masa akan datang.

Selain menolak untuk berehat ada sesetengah dari kita mula menjalankan aktiviti seperti biasa walaupun penat. Malu bila dikatakan ‘terlalu manja’ tapi kalau ikut akal memang boleh mati badan.

Selain bekerja seperti biasa, ini lagi 6 perkara yang patut stop lakukan untuk sementara waktu bila badan penat.

badan penat

BACA JUGA: Masing-Masing Ada Cara Tersendiri Reward Diri Tak Perlu Mengata!

#1 Bersenam

Tiada guna kalau anda sudah penat tapi masih lagi mahu tetap ke gim. Bersenam ketika penat hanyalah membuang masa kerana anda langsung tidak punya tenaga. Lebih teruk lagi, anda boleh membahayakan anggota badan terutamanya bahagian otot dan belakang badan.

#2 Minum Kopi

Pengambilan kopi hanya berkesan dalam lima jam, jika anda mengambil kopi untuk mengawal rasa penat ia akan menganggu sistem semulajadi badan anda terutamanya pada tidur malam.

#3 Bergaduh dengan Pasangan

Bila penat, emosi mulalah terganggu dan mengeluarkan adrenalin amarah. Sebaiknya jangan memulakan pergaduhan kerana anda penat. Lambat-laun ia boleh memburukkan keadaan hubungan anda dan pasangan.

BACA JUGA: Ini 3 Sebab Aktiviti Bersenam Anda Tiada Hasil

#4 Tidur Sekejap (Nap)

Tidur sekejap atau tidur siang selama 20 hingga 30 minit adalah baik untuk boost tenaga. Apa yang salah bila ada yang terlajak tidur sehingga satu atau dua jam. Tidur siang yang panjang boleh menganggu jadual tidur malam seterusnya menggangu sistem tidur yang sebenarnya.

#5 Makan Mengikut Nafsu

Ramai yang buat amalan ini, bila rasa mengantuk atau penat mulalah dengan aktiviti kunyah-kunyah makanan ringan. Seeloknya ambil makanan seperti buah-buahan atau sayuran-sayuran dari makanan ringan.

#6 Menafikan Diri Penat

Jangan sesekali cuba untuk menafikan diri anda badan penat ia akan membahayakan kesihatan mental. Mungkin pada mulanya anda boleh tapi lama-kelamaan, badan penat mula akan mula lemah kerana tidak cukup rehat. Perkara yang terbaik untuk mendapatkan segar ialah dengan berehat bukan dengan menafikannya.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four × 5 =