Guna Kunyit Dan Madu Jika Mahu Bibir Cantik Dan Tidak Merekah

Wanita yang suka memakai gincu selalunya mempunyai masalah bibir kering dan sering luka, dan jalan penyelesaiannya anda membeli pula pelembab bibir yang kononnya akan membantu memulihkan bibir merekah anda itu. Tetapi adakah berkesan dan berbaloi?

Sebenarnya ada cara yang lebih berkesan dan pastinya tanpa was-was akan apa bahan yang digunakan, kerana ianya dijamin HALAL! Barangan dapur yang mudah didapati di kedai-kedai dan pastinya mudah ditemui di dapur anda.

Perkongsian oleh Afieyzea Aleeschaylee untuk anda yang mempunyai masalah bibir kering dan pecah selain mengelakkan ia kehitaman.

“Hai cantik2 semua..

Haaa hari ni afiey nak share pula cara tradisional dijamin selamat untuk menyihatkan bibir kita pempuan yang suka pakai lipstick ni kadang tak sedar ada bahan-bahan yang dicampur tak elok untuk bibir..dann semestinya #KUNYIT tetap ada dalam setiap petua..

” Lip Scrub Kunyit Madu by Afieyleescha ”

** SESUAI UNTUK YANG ADA MASALAH BIBIR PECAH, KERING , KEHITAMAN ( perokok ) **

Haa, hari ini Afiey nak share pula cara tradisional dijamin selamat untuk menyihatkan bibir kita perempuan yang suka pakai lipstick ni kadang tak sedar ada bahan-bahan yang dicampur tak elok untuk bibir dan semestinya kunyit tetap ada dalam setiap petua.

Bahan-bahan:

  • Kunyit
  • Madu

bibir cantik, cara jaga bibir, penjagaan bibir, bibir tidak merekah, bibir tidak kering, elakkan bibir kering

Cara-Caranya:

  • Campurkan kunyit yang di tumbuk halus ke dalam madu
  • Sapukan pada bibir
  • Biarkan 10 minit dan gosok rata bibir

Khasiat kunyit untuk bibir:

  • kandungan antiseptik & anti bakteria semulajadi dalam kunyit membantu masalah bibir kering dan luka..
  • kunyit juga kaya dengan Vitamin C semulajadi memberikan tona untuk bibir kehitaman..
  • kunyit juga mengandungi anti-inflamasi juga membantu mengurangan kehitaman pada bibir..

Khasiat madu untuk bibir :

  • membantu memberi tona / memerahkan bibir secara semulajadi
  • mengubati bibir kering rosak , pecah & hitam
  • melembabkan bibir

* Tips – tips lain , jangan terlalu kerap menjilat bibir anda ianya akan membuatkan bibir bertambah kering , minum air putih secukupnya.

*Buat banyak boleh simpan dalam peti nanti boleh pakai lagi.

bibir cantik, cara jaga bibir, penjagaan bibir, bibir tidak merekah, bibir tidak kering, elakkan bibir kering

BACA JUGA: 9 Tanda Badan Tak Cukup Air Yang Korang Sendiri Tak Perasan

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

11 − seven =