Cara Bersihkan ‘Peta Dunia’ Pada Seat Kereta Tanpa Perlu Modal Yang Banyak

Bila buka pintu kereta selalu yang kita akan nampak adalah ‘peta dunia’ yang bertompok-tompok pada seat kereta atau tempat duduk kereta depan atau belakang. Kalau kereta mereka yang dah berkeluarga apatah lagi. Tumpahan air, aiskrim, jajan antara kotoran biasa yang menghasilkan corak peta pada seat kereta jenis fabrik.

Ada yang tak tahan sakit mata akan mengambil khidmat mencuci seat kereta yang kosnya bukan murah. Alternatif lain, kita boleh bersihkan sendiri peta dunia pada seat kereta kita ini. Berikut adalah cara yang dikongsi oleh Cleaning Assassin, tak susah mana modal pun cuma dalam RM15 saja! So boleh cuba.

seat kereta

Langkah Mudah Mencuci Seat Kereta

1. Buat chemical sendiri

  • Langkah pertama anda kena buat ‘chemical’ anda sendiri. Bunyi macam susah kan? Padahal senang je. Tuang sesudu sabun pencuci pinggan dan campur dengan air suam ke dalam satu bekas air saiz sederhana. Kacau sehingga sebati.

2. Sembur

  • Masukkan campuran chemical anda ke dalam botol spray. Kemudian spray rata ke seat anda. Ambil jarak dalam 6-8 inci dari seat.

3. Gosok guna berus lembut

  • Selepas itu, ambil berus yang lembut, gosok seat anda sehingga bersih. Bahagian yang kotor mungkin memerlukan menggosok berkali-kali. (Jangan guna berus yang mudah terlerai seperti berus sabut, ia akan melekat ke dalam seat jika terlerai).

4. Lap dan bilas

  • Lap dengan kain bersih yang dibasahkan dengan air suam. Bilas kain dengan kerap supaya kotoran tidak kembali pada seat. Ulang banyak kali sehingga kesan chemical hilang.

5. Guna tuala microfiber

  • Akhir sekali, lap dengan microfiber towel sehingga kering. Selesai satu seat, anda boleh beralih ke seat yang lain.

Hasilnya…

seat kereta

KOS

  • Sabun basuh pinggan (percuma, curi kat dapur)
  • Botol spray (percuma, ambil spray untuk iron baju)
  • Berus lembut (RM5)
  • Kain bersih (percuma, ambil kain yang lama)
  • Microfiber towel (RM10)

INFO

  • Setiap seat berbeza pengeluar dan material, so kesan tak akan sama.
  • Kotoran yang dah lama dan terlampau banyak memerlukan usaha yang lebih untuk menghilangkannya.
  • Hasil cucian ini tidak sama dengan cucian profesional berpengalaman yang menggunakan chemical dan mesin yang dikhaskan.
You might also like

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.