Home All Petua Kecantikan Diri Beras Pulut Rahsia Putihkan Wajah Dengan Kos Murah Dan Berkesan, Jom Cuba!

Beras Pulut Rahsia Putihkan Wajah Dengan Kos Murah Dan Berkesan, Jom Cuba!

3997
1
Beras Pulut Rahsia Putihkan Wajah Dengan Kos Murah Dan Berkesan, Jom Cuba! 1

Mesti ramai wanita dah berbelanja banyak untuk membeli produk putihkan wajah, nak pula yang banyak berada di luar kawasan terbuka. Kulit muka lebih mudah menjadi gelap dan kusam.

Pernah tak dengar orang kata kenapa orang-orang Siam atau yang duduk disempadan Siam muka cantik gebu dan semuanya comel-comel belaka. Kalau perasan, muka mereka semuanya cantik dan paling penting kulit licin dan gebu. Jerawat? Memang tak pernah ada.

Orang kata amalan mereka makan pulut sejak kecil dan inilah rahsianya. Ya, itu hakikatnya. Pulut Ayam yang jadi makanan popular mereka adalah menu ruji saban hari. Makan pulut macam makan nasi agaknya dan inilah rahsia kulit cantik mereka.

Jika tak mampu nak amalkan makan pulut setiap hari, apa kata kita amalkan petua buat masker daripada beras pulut yang dikongsikan Siti Zainab di facebooknya.

MASKER UNTUK PUTIHKAN WAJAH

Jom tengok apa bahan-bahannya.Beras Pulut Rahsia Putihkan Wajah Dengan Kos Murah Dan Berkesan, Jom Cuba! 2

Bahan-Bahan:

  • 4 sudu besar beras pulut
  • 2 sudu besar Rose Bud
  • 1 sudu besar susu tepung
  • Sedikit air mawar

Cara-Caranya:

  1. Kisar kering semua satu persatu. Kisar sampai jadi halus.
  2. Kemudian bancuh ketiga-tiga bahan ini ikut keperluan yang anda nak guna.
  3. Kemudian baru titikkan air mawar mengikut tahap kepekatan. Paling penting senang nak sapu pada muka nanti.
  4. Sapu pada seluruh wajah dan boleh juga digunakan pada seluruh badan.
  5. Biarkan kering, sekurang-kurangnya 30 minit.
  6. Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulurkan dahulu sebentar.
  7. Sental kulit muka dengan perlahan-lahan.
  8. Basuhlah kulit muka dengan air suam hingga bersih.

Kelebihan Masker Rose & Beras Pulut

Setelah dah cuba baru anda akan tahu hasilnya. Gabungan beras pulut dan rose bud ini buat muka jadi lebih cerah dan gebu. Malah ia juga boleh menghilangkan parut-parut jerawat serta menghaluskan lagi kulit anda. Jadi rugi kalau tak cuba!

Rose bud mengandungi dua kali Vitamin C berbanding buah oren. Susu tepung pula bagi kesan cerah dan lembap. Lakukan rawatan ini dua tiga kali seminggu untuk hasil superb glow dan cerah gebu.

Bagi mereka yang masih mahu memilih produk putihkan wajah yang kita sendiri tak tahu apa bahan kimia yang digunakan boleh baca kesannya pada anda.

Lebih-lebih lagi dengan lambakan produk-produk murah putihkan wajah di pasaran kini yang kebanyakkannya membeli krim timbang kilo yang ternyata bahaya untuk kulit anda.

Ini antara 5 kesan buruknya:

1. Kanser kulit

Krim putihkan kulit selalunya mengandungi dua kimia utama iaitu; hydroquinone atau merkuri. Tapi kebanyakan krim yang dijual di pasaran mengandungi koktail berbahaya seperti steroid dan tretinoin, di samping hydroquinone.

Sebatian ini mempunyai sifat karsinogenik dan penggunaan jangka panjang boleh menyebabkan penyakit maut seperti kanser kulit dan kerosakan hati.

2. Hiperpigmentasi

 

Menggunakan hydroquinone pada dos melebihi 2% untuk jangka masa lebih dari tiga bulan boleh menyebabkan kulit menjadi gelap secara kekal dan memerlukan rawatan lanjut.

Penggunaan produk pemutihan secara berlebihan boleh menyebabkan hyperpigmentation di bahagian jari, ibu kaki, telinga dan tempat lain menjadikan kulit menjadi lebih gelap dan warna kulit tidak sekata.

3. Menipiskan kulit

Penggunaan produk pemutihan berulang kali boleh menipiskan kulit. Keadaan ini dikategorikan sebagai lebam yang teruk, kapilari dan urat boleh dilihat dekat dengan kulit, tanda regangan dan masalah kulit serius yang lain.

4. Iritasi kulit

Hidroquinone berfungsi dengan menghalang reaksi enzim yang menyebabkan pengeluaran pigmen gelap (melanin).

Malangnya, hydroquinone adalah bahan yang cukup kuat dan menyebabkan iritasi kulit seperti kulit kemerahan, mengelupas, ruam, kekeringan dan pembakaran.

5. Keracunan Merkuri

Satu dari risiko berbahaya pada penggunaan pemutihan kulit secara berterusan dan tidak dikawal ialah keracunan merkuri. Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), keracunan merkuri boleh menyebabkan:

  • Kerosakan buah pinggang
  • Ruam kulit
  • Parut dan perubahan warna kulit
  • Pengurangan ketahanan kulit untuk melawan jangkitan bakteria dan kulat
  • Kebimbangan, kemurungan atau psikosis dan neuropati periferal (kerosakan saraf periferal)
  • Sindrom Nefrotik (keadaan kadar protein yang tinggi dalam air kencing)

Penggunaan berterusan terhadap produk-produk murah lambakan pasaran putihkan wajah hanya akan membuatkan anda susah dari mendapat keputusan yang anda harapkan.

Jika anda baru hendak menggunakan produk putihkan wajah, harapnya artikel ini dapat membuatkan anda lebih berhati-hati sebelum menggunakan apa-apa produk. Sebab itu kami bersungguh kongsikan petua ini agar ada mempunyai alternatif yang lebih selamat untuk putihkan wajah anda.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here