Kalau Nak Beli Kereta Waktu Pandemik , Hadam 3 Tip Ni Dulu!

Duit yang dikumpul hasil moritorium serta KWSP mungkin agak banyak. Keadaan ini membuat ramai juga yang bercita-cita untuk menukar atau membeli kereta baru.

Tapi dalam keadaan pandemik Covid 19 yang belum berakhir, keadaan ekonomi, kewangan yang tak menentu rasanya kita kena berhati-hati jika mahu membuat keputusan membeli kenderaan. Memandangkan ia akan memberi kesan besar pada kewangan kita.

Jika berhajat juga ingin beli kereta waktu ini, boleh! Namun pastikan anda ikut tip yang dikongsi oleh perunding kewangan dan hartanah Azizul Azli Ahmad.

beli kereta

Kena ikut peraturan ini

1. Pastikan bayaran kereta tak lebih dari 15 peratus daripada gaji kita

Kalau gaji RM3,000 maknanya bayaran bulan jangan lebih dari RM450.

2. Harga kereta yang dibeli adalah setahun pendapatan kita.

Contoh kalau gaji RM3000x12=Rm36000

3. Gunakan formula 20:7:15 jika nak beli kereta. Maknanya;
Deposit 20%
Tempoh pembiayaan, jangan lebih 7 tahun
Ansuran bulan jangan lebih 15% dari gaji

Alternatif kalau tak lepas 3 tip di atas

Kalau tiga tip di atas dapat diikuti maka bolehlah laksanakan hajat beli kereta baru

Boleh cari kereta yang anda mampu antaranya kereta second hand. Boleh survey di sini wwww.tanyaje.com.my.

Menariknya laman web ini kita boleh senaraikan kriteria kereta terpakai yang kita mahu contoh jenis kereta, tahun bila, negeri dan dealer mana, kemudian list kereta akan diberi.

Kita juga boleh lihat dulu keadaan kereta melalui teknologi Spin Car. Boleh lihat kereta yang hendak dibeli dalam pelbagai sudut 360 darjah.

BACA JUGA: Beli Kereta Terpakai, Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membuat Pembelian

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

15 − seven =