Kepentingan Beli Barang Elektrik Yang Ada Label Cekap Tenaga

Kepentingan Beli Barang Elektrik Yang Ada Label Cekap Tenaga | Label Cekap Tenaga adalah label yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga kepada pengilang alat elektrik untuk mempromosikan alat eletrik cekap tenaga kepada pengguna.

Untuk memperolehi Label Cekap Tenaga, pengilang perlu mematuhi piawaian dan syarat ujian prestasi tenaga yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Kemudian barulah kelulusan diberikan untuk setiap model yang di keluarkan.

Label ini dipamer bertujuan untuk memberi maklumat kepada kita, sebagai pengguna, tentang kecekepan penggunaan tenaga bagi setiap peralatan elektrik.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Setiap barang elektrik akan dinilai antara 1 hingga 5 bintang.

1 bintang bermakna barang elektrik tersebut adalah yang paling kurang cekap. 5 bintang bermakna paling cekap. Maklumat inilah yang akan membantu kita memilih model yang paling cekap tenaga.
Tetapi di Malaysia, Suruhanjaya Tenaga mensyaratkan semua barang elektrik mempunyai sekurang-kurangnya 2 bintang.

barang elektrik

Label ini mengandungi anggaran jumlah penggunaan tenaga tahunan dalam kilowatt-jam (kWh) bagi setiap alat elektrik, berdasarkan keputusan ujian makmal yang diiktiraf.

Penggunaan peralatan elektrik 5-Bintang akan mengurangkan jumlah bil elektrik di rumah.

Ini secara langsung akan memberikan disposable household income yang lebih tinggi kepada kita dalam jangka masa yang panjang yang akan meningkatkan kualiti kehidupan.

Alat eletrik yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga bagi Kadaran Bintang kecekapan tenaga ialah peti sejuk, penyaman udara, televisyen, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro dan kipas yang digunakan di rumah.

BACA: Tip elak Soket Overheating Atau Mudah Terbakar

Barang elektrik yang ada 5 bintang mahal?

Tak dinafikan semakin banyak bintang dalam Label Cekap Tenaga di sesebuah barang elektrik, semakin mahal harganya.

Tapi kalau anda fikir dalam jangka masa panjang, pembelian barang elektrik yang mempunyai 5 bintang sebenarnya lebih murah. Kami akan jelaskan mengapa.

Katakan anda nak beli peti ais baru bersaiz 250 liter untuk rumah anda. Di kedai, ada lima pilihan peti ais 250 liter berbeza (mengikut jumlah bintang di Label Cekap Tenaga) yang boleh anda beli.

Jumlah tenaga (dalam unit kiloWatts, kW) dalam masa setahun mengikut jumlah bintang adalah seperti berikut:

  • 1 bintang (760.41 kWh)
  • 2 bintang (608.72 kWh)
  • 3 bintang (487.19 kWh)
  • 4 bintang (389.54 kWh)
  • 5 bintang (311.83 kWh)

Kos bil elektrik setahun yang digunakan oleh setiap peti ais mengikut tarif elektrik kediaman (RM0.218/kWh), adalah seperti berikut:

Contoh pengiraan (Peti ais 1 bintang)
760.41 kWh x RM0.218/kWh = RM165.77
Jumlah bintang Label Cekap Tenaga Jumlah tenaga digunakan setahun (kWh) Kos bil elektrik setahun (RM)
1 760.41 165.77
2 608.72 132.70
3 487.19 106.20
4 389.54 84.92
5 311.83 67.98

Seperti yang dapat kita lihat dalam jadual di atas, penggunaan peti ais 5 bintang sebenarnya lebih menjimatkan dalam jangka masa panjang – walaupun harganya lebih mahal berbanding peti ais lain.

Lihatlah perbezaan kos bil elektrik setahun untuk peti ais 5 bintang dengan 1 bintang yang sebanyak 244%![/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two × three =