Bukan Sekadar Penyedap Rasa, Belacan Elok Untuk Kesihatan Usus Walau Ramai Tak Tahan Baunya!

Bila sebut sambal belacan pasti terbayang keenakan rasanya. Sambal belacan sering kali menjadi penyedap rasa kepada makanan kita ambil malah tanpa sambal belacan, rasa masakan tidak sedap.

Rupanya sambal belacan bukan sekadar penyedap rasa, ia baik untuk usus kerana ada probiotik. Perkongsian dari Dr Norman Norawi ini pasti buat penggemar belacan tersenyum gembira. Baca perkongsiannya.

https://www.facebook.com/drnormannorawi/posts/2494160114020786

BELACAN DAN PROBIOTIK

Belacan adalah makanan yang tidak asing dalam masyarakat Melayu. Ia adalah sebahagian daripada bahan yang digunakan secara meluas dalam masakan masyarakat Melayu dan Baba Nyonya.

Ia di letakkan dalam sambal untuk menambahkan perisa dan aromanya. Ia juga di buat sambal dengan mencampurkannya dengan cili api yang di tumbuk atau di kisar dan di perah asam limau.

belacan

Ia di buat daripada udang geragau atau udang kecil yang ditumbuk halus dengan garam dan dibiarkan untuk di peram atau proses fermentasi sebelum di gunakan. Ia juga di bakar sedikit sebelum di gunakan untuk menaikkan aromanya dalam masakan atau sambal.

BACA: Sambal Belacan Epal Hijau Resipi Wajib Cuba Ni

Kajian , menunjukkan ia juga mengandungi kuman baik probiotik daripada jenis asid laktik bacilli (LAB). Kajian menunjukkan terdapat 219 jenis bakteria yang berjaya dikenali daripada 27 sampel belacan yang di uji dan 166 adalah jenis LAB dan 13 adalah jenis bakteria baik probiotik yang tahan asid perut dan boleh sampai ke usus contohnya lactobacillus casei.

Pengambilan belacan asli adalah baik untuk kesihatan usus kerana kandungan probiotiknya boleh tahan proses penghadaman dan akan sampai ke dalam usus besar.

Tetapi pengguna harus berhati-hati dengan belacan yang diletakkan dengan bahan perwarna Rhodamine B yang boleh menyebabkan kanser . Selalunya belacan yang diletakkan bahan ini mempunyai warna kemerahan yang cantik dan sekata.

Belacan juga boleh menyebabkan masalah allergy dan alahan, oleh itu pengguna yang ada masalah allergi kepada udang dan belacan mesti mengelakkan pengambilannya.

Dr Norman Mohd Norawi

MBBS,MSc(UCSI),MNM(ACNEM), FAGE

Rujukan:
1. Mohd Adnan, A.F. & I.K.P. Tan. 2007. “Isolation of Lactic Acid Bacteria from Malaysian Foods Assessment of the Isolates for Industrial Potential”. Bioresour Technol. Vol. 98. p. 1380-138
2. Tesfaye, A., T. Mehari & M. Ashenafi. 2011. “Evaluation of The In VitroProbiotics Qualities of Lactic Acid Bacteria (LAB) Recovered From Locally Fermented Product”. Int J Probiotics Prebiotics. Vol. 6. p. 101-108.
3. Haitham Ar, Zaiton H, Norrakiah As, Huda-Faujan N. Assessment Of Potential Probiotic Properties Lactic Acid Bacteria From Shrimp Paste Or Belacan. Proceedings of 52ndThe IRES International Conference, Kuala Lumpur, Malaysia,5th-6thNovember 2016, ISBN: 978-93-86291-27-1.
4. [http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=322969 Larangan Penggunaan Bahan Pewarna Rhodamine B Dalam Belacan

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

2 × 1 =