Begini Cara Untuk Uji Kotak Fius, Kena Buat Sebulan Sekali Untuk Pastikan Ia Berfungsi.

Begini Cara Untuk Uji Kotak Fius, Kena Buat Sebulan Sekali Untuk Pastikan Ia Berfungsi. | Pemergian seorang pemain gitar dan kakaknya akibat terkena renjatan elektrik daripada pemanas air tidak dapat dinafikan memberi kesedaran kepada kita akan pentingnya menjaga dan memastikan alatan elektrik di rumah dalam keadaan baik.

Salah satu yang perlu kita perhatikan adalah kotak fius agihan (DB) yang mempunyai fungsi keselamatan jika berlaku aliran elektrik berlebihan.

Menurut Amal Combination, peranti di dalam kotak ini terutamanya ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker / Pemutus Litar Bocor Kebumi) sebaiknya diuji sebulan sekali bagi memastikan ia berfungsi jika berlaku apa-apa kepincangan arus elektri di rumah.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang rakan dalam industri muzik iaitu Allahyarham Eddy Wan Othman, dan dikhabarkan kematian Allahyarham disebabkn terkena renjatan elektrik Pemanas Air.

BACA JUGA : Alat Pemanas Air Dah Banyak Ragut Nyawa. Ambil Tahu Tanda-Tanda Kerosakkannya!

Di sini saya ingin kongsikan, info yang mungkin ada yg dah tahu, mungkin belum, mungkin terlupa atau mungkin ambil ringan. Perkongsian ini adalah umum untuk semua, pengetahuan umum yang perlu diambil tahu.

Pentingnya check kotak fius DB di rumah

Gambar di bawah ni adalah KOTAK FIUS AGIHAN (DB), semua rumah mesti ada kotak ni, di dalam kotak ini mempunyai beberapa peranti yangg penting dalam sistem pengaliran elektrik rumah kita, antaranya yg biasa kita gunakan adalah Main Switch, ELCB & MCB yg masing-masing ada fungsi keselamatan yg tersendiri.Kotak Fius

Yang ingin saya tekankan di sini adalah peranti ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker / Pemutus Litar Bocor Kebumi). Dalam kotak fius agihan, fungsi ELCB, ELCB akan memutuskan bekalan elektrik jika ada berlaku kebocoran arus pada alatan elektrik yg kita gunakan dalam rumah kita.

Maksudnya jika wayar api bocor pada alatan tersebut, automatik peranti ELCB akan putuskan bekalan, arus yg bocor terus akan dibawa ke bumi dgn sistem pembumian, secara langsung boleh menyelamatkan alatan elektrik berkenaan dan juga menyelamatkan seseorang yg memegang alat berkenaan.

Apa yang perlu kita buat

1. Pastikan semua alatan elektrik anda disambung dgn wayar bumi (wayar hijau) dgn sempurna, wayar bumi akan membawa arus bocor terus ke bumi.

2. Peranti ELCB tersebut perlu kita uji sendiri sebulan sekali, dgn menekan butang ‘T’ atau ‘Test Trip’ dan di peranti ELCB tu sendiri ada tertulis ‘PUSH MONTHLY’.

3. Jika di tekan tetapi tidak trip, bermakna rumah kita dalam keadaan bahaya dan peranti ELCB tersebut Wajib di tukar oleh org yg kompeten.

Jadi lepas ini cubalah tekan ‘test trip’ ELCB kat DB rumah masing-masing, kalau tak trip, cepat-cpat tukar.

Sumber: Amal Combination

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

five + fifteen =