Begini Cara Renew Roadtax Online Paling Mudah. Tak Perlu Ke JPJ & Melalui Ejen. Sekejap Je Dah Siap!

Bila cukai jalan mati, boleh cuba cara renew roadtax motor dan insurans ini. Maklumlah kan, nak ke JPJ dalam keadaan PKP ni susah, jadi kita cuba cara yang memudahkan dan yang penting cepat. Perkongsian Che Nor Asma mungkin dapat membantu. Selamat mencuba!

Rupanya musim PKP ni banyak benda yg sis bleh belajar… Kalo sebelum ni nk renew roadtax mesti pergi JPJ atau agen utk dorang renewkan.

Musim ni 22 tempat tutup. Jadi kite blajar la benda baru..Renew roadtax gune myeg.. rupanya senang sahaja.. tapi untuk kereta sahaja..Moto x bleh yea.Done renew roadtax utk tengiling hitam..

BACA: Cara Tanggalkan Gam Pelekat Road Tax Lama

Kat sini Kita share mcm mana nk renew roadtax dan insurance kt myeg.

First kite kene Ade account dengan myeg..kalo xde bleh register gune link kt bawah :
https://www.myeg.com.my/register

  • Lepas dah register. Login macam biasa. Utk renew insurance
    renew roadtax
  • Langkah 1:
    Klik icon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  • Langkah 2:
    Klik pada butang butang Auto Insurance Renew
  • Langkah 3:
    Skrin akan memaparkan syarikat-syarikat insurans atau takaful yang menawarkan produk mereka menerusi MyEG ketika kita nak renew roadtax. Pada masa artikel ini ditulis, terdapat hanya 6 buah syarikat iaitu AIG, Zurich Takaful, eTiQa Takaful, RHB Insurance, Berjaya Sompo Insurance Berhad dan Takaful Malaysia.

    renew roadtax
  • Langkah 4:
    Untuk teruskan, klik sahaja pada icon syarikat yang anda pilih, untuk artikel ini, saya tunjukkan Takaful Malaysia (boleh dikatakan langkah dan proses yang sama sahaja akan dilalui apabila pilih yang lain).

    Selepas isi nombor MyKad, kelayakan NCD akan terus dipaparkan.
    Isikan sahaja maklumat yang diminta. Anda boleh tetapkan amaun yang ingin dilindungi (biasanya mengikut harga semasa kereta) dan juga tambah maklumat pemandu tambahan.
    renew roadtax
  • Langkah 5:
    Selepas dah isi semua maklumat, sebutharga penuh akan ditunjukkan

    Jika setuju dan berpuas hati, boleh teruskan untuk buat bayaran.
  • Langkah 6:
    Untuk buat bayaran, boleh pilih sama ada nak buat bayaran menggunakan kad kredit atau perbankan online seperti FPX, Mayabank2u, RHB Online dan Public Bank Online.
  • Langkah 7:
    Selepas buat bayaran, boleh muat turun resit bayaran dan sijil perlindungan (cover note) yang diberikan.

    Selepas selesai renew insurans takaful kereta, bolehlah renew road tax pula.
    Kalau anda tak renew insurans takaful kereta melalui MyEG pun, anda masih boleh gunakan MyEG untuk renew road tax. ( Insurance ambik dengan ejen insurance)
    renew roadtax
  • Langkah 1:
    Selepas login dan pilih Jabatan Pengangkutan Jalan, klik butang Road Tax Renewal/Baharui Cukai Jalan.
  • Langkah 2:
    Isi semua maklumat yang diminta seperti nombor MyKad, nama, nombor telefon, alamat emel, nombor pendaftaran kereta dan tempoh perbaharui cukai jalan.
  • Langkah 3:
    Pilih cara penghantaran road tax, sama ada anda nak ambil sendiri di pejabat MyEg di Bandar Utama, Kuala Lumpur, atau dihantar ke alamat pilihan anda sama ada di rumah atau pejabat.

    Kalo pilih penghantaran roadtax nak dihantar ke alamat pilihan, Ada caj penghantaran.
    Selepas isi semua maklumat, klik butang Proceed.
    renew roadtax
  • Langkah 4:
    Maklumat road tax dan kos-kos yang terlibat akan dipaparkan.

    Kalau setuju dan berpuas hati, boleh teruskan untuk buat bayaran dengan klik butang Confirm & Pay.
  • Langkah 5:
    Untuk buat bayaran, boleh pilih sama ada nak gunakan kad kredit, perbankan internet atau akaun prabayar MyEG.

    Selepas dah buat bayaran, boleh muat turun resit. Dan tunggu roadtax sampai ke alamat yg anda request. Huh senangkan nak renew roadtax!
    #credittojomurusduit.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

20 − 19 =