Bebas Dari Penyakit Darah Tinggi, Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman & Tip!

Bebas Dari Penyakit Darah Tinggi, Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman & Tip! | Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2015, 47.7% Rakyat Malaysia berusia 18 tahun keatas mengalami masalah berat badan berlebihan yang merisikokan mereka mendapat penyakit peyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan penyakit kencing manis.

Menurut Mohamad Faizal Bin Saedon, individu yang pernah mengalami masalah obestiti dengan berat badan sebanyak 135kg dan ketinggian hanya 170cm dia telah disahkan oleh doktor menghidapi penyakit darah tinggi.

Katanya melalui posting di Facebook, dia sebenarnya seakan tidak percaya yang dia menghidapi penyakit itu kerana dia merasakan dirinya sihat seperti orang lain dan tidak menolak besar kemungkinan dia hanya tertekan di tempat kerja dan tidak cukup tidur sahaja.[expander_maker id=”1″ more=”Baca Selanjutnya” less=”Artikel Lain”]

darah tinggi

Malah, dia juga tidak ambil serius dalam mengambil ubat darah tinggi.

“Saya memang telah di disahkan oleh doctor menghidapi penyakit tekanan darah tinggi. Tapi Sebagai pemuda yang berasa sihat, saya selalu tidak percaya fakta yang saya ada masalah itu, bagi saya, saya hanya stress ditempat kerja dan tidak cukup tidur sahaja.

“Selama beberapa tahun saya abaikan nasihat doctor untuk ambil ubat darah tinggi. Saya percaya ramai yang seperti saya, berasa tubuh sihat walaupun hakikat punya masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi.” Tulisnya di Facebook.

BACA: Inilah 11 Petua Tradisional Mengatasi Masalah Darah Tinggi, Selain Dari Mengawal Bahan Perasa

Seperti yang semua tahu darah tinggi ini adalah pembunuh senyap keran kerosakan yang berlaku kepada organ tubuh berlaku secara perlahan dan senyap.

darah tinggi

Penghidap penyakit ini tidak merasa apa apa kesakitan sehinggalah tiba satu masa organ seperti buah pinggang gagal berfungsi.

Mujurlah dia tidak sampai ke tahap itu, namun pengalaman dan salah seorang ahli keluarga yang menhidapi penyakityang sama memberi tamparan hebat buatnya.

“Mujurlah saya tidak sampai ketahap itu lagi. Tapi abang kandung saya tak sebaik nasib dengan saya, beliau telah mengalami strok dan punya kerosakan minor buah pinggang, ianya adalah kerana abaikan nasihat doktor untuk mengambil ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi.

“Alhamdulillah saya telah bebas dari penyakit ini, usaha saya dalam 6-8 bulan berpantang makan, bersenam membuahkan hasil setelah doktor mengesahkan saya telah bebas dari masalah tekanan darah tinggi dan sekaligus tidak perlu mengambil ubat setiap hari.

Dia menasihati orang ramai yang mengalami obesity pergi untuk membuat check-up di klinik terlebih dahulu selama 7 hari berturut dan ambil tekanan darah, sekiranya positif makan ubat seperti yang di suruh doktor walaupun ingin mengamalkan diet sepertinya.

Menurutnya sepanjang 6 – 8 bulan ini dia tinggalkan gula dalam minuman serta menjaga portion pemakanannya dan mula bersenam.

#1 : Tinggalkan gula dalam minuman

Apa kaitan gula dan tekanan darah? mesti itu yang kalian fikirkan, bagi saya mudah, saya ada masalah tekanan darah tinggi ni kerana tubuh saya punya berat berlebihan(obesiti) saya kena turunkan berat badan untuk normalkan tekanan darah saya.

#2: Jaga portion pemakanan saya

Alasan seperti diatas, saya kena turunkan berat badan.

#3: Kurangkan pengambilan garam

Saya mula makan dengan bijak, bukan tak boleh lansung tapi saya kawal. saya elakkan makan makanan yang tinggi garam.

Elakkan makan :

– Segala makanan dalam tin (semua makanan dalam tin punya kandungan garam yang tinggi untuk mengekalkan ketahanan makanan tersebut)

– Segala makanan dalam botol (sama seperti diatas, segala sos, kicap saya elakkan)

– Tinggalkan ikan masin dan telur masin. (sangat jelas ianya punya garam yang sangat banyak)

#4: Mula bersenam secara konsisten

Hanya dengan berjalan dan berjogging, 3 kali seminggu secara konsisten, bukan saja dapat bakar lemak untuk turunkan berat badan, tapi bersenam memberi kebaikan kepada organ dan pengaliran darah.

#5: Mula jaga tidur

Saya akan pastikan saya tidur minima 7 jam sehari pada waktu malam. Tidur adalah ubat paling mujarab untuk tubuh, semasa kita tidur tubuh masuk fasa penyembuhan sendiri dan ia amat baik jika kita tidur dengan cukup.

#6: Saya amalkan suplimen fish oil

Ini adalah saranan dari doktor dan minyak ikan memang antara suplimen yang baik untuk membetulkan masalah tekanan darah tinggi, cuma pesanan saya jangan hanya ambil tips ini dan tinggalkan tips yang lain. buat semua tips. Jangan hanya fikir dengan makan suplimen masalah kalian akan terkawal. itu salah!

#7: Beli mesin tekanan darah tinggi dan monitor sendiri dirumah

Ini juga amat penting, bila kita dapat memeriksa sendiri tekanan setiap hari, kita akan dapat tahu mana kesilapan dan kekalkan semangat untuk berusaha kekalkan momentum usaha kita. jika kalian nak dapatkan mesin tersebut boleh terus beli di link ni.

Tambahnya, inilah tip yang diamalkan olehnya sepanjang dia diet dan ingin bebas dari masalah tekanan darh tinggi.

Katanya lagi, tidak semestinya anda telah disahkan atau tidak oleh doktor anda tidak boleh mengalmbil beberapa tip ini. Mulakan sekarang walaupun ada di antara kalian belum di sahkan mempunyai penyakit atau pesakit darah tinggi.

Sumber: Mohamad Faizal Bin Saedon

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nineteen − two =