Geli Banyak Sangat Cicak Dekat Rumah? Ini 10 Tip Nak ‘Hapuskan’ Cicak Dengan Mudah

Geli Banyak Sangat Cicak Dekat Rumah? Ini 10 Tip Nak ‘Hapuskan’ Cicak Dengan Mudah | Siapa yang tak geram kalau rumah didatangi dengan tetamu tidak diundang seperti binatang perosak dan sebagainya. Bermacam-macam cara sudah dilakukan namun tidak berhasil untuk menghalau mereka.

Ya, cicak, lipas dan semut memang musuh rapat buat para ibu dan ahli keluarga. Kehadiran mereka tidak disenangi malah mengundang kepada masalah kesihatan. Cicak dekat rumah ni selalu berak di kawasan dapur ini boleh mengundang penyakit.

Korang tak perlu risau lagi, hari ini kami ada kongsikan cara pengurusan cicak dan 10 cara untuk hilangkan cicak dekat rumah anda.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Perkongsian ini daripada laman Facebook Hani Mynis yang sudi berkongsi tips menarik untuk kita lakukan untuk halau cicak dekat rumah. Memandangkan sekarang, boleh dikatakan semua orang ada ‘masa’ yang banyak jadi apa kata kita sama-sama ikut tip ini.

Hani tahu ramai yang tunggu hani post pasal pengurusan cicak kat rumah ni. Hani anti kat cicak ni bukan lah sebab semata-mata sebab geli dengan cicak tapi najis nya yg merata-rata tu mengotorkan dan susah nak dibersihkan bila dah kering.

Punyalah Hani anti dan geli dengan cicak, ha hambik satu post hani buat khas untuk dia. Sebelum hani kongsi macam mana nak elak atau taknak cicak masuk rumah ni, jom kita berkenalan dengan cicak ni dulu. Kita dah kenal dia baru kita boleh “hapus”kan dia.

Biodata cicak:

  1. Makanan cicak : binatang/serangga kecil seperti semut, nyamuk, lalat, kumbang, unggas, labah-labah kecil.
  2. Pemangsa cicak: burung
  3. Habitat cicak : Tempat yang hangat (disebabkan sekarang ni kan musim hujan sebab tu banyak cicak masuk rumah, dorang sejuk kat luar tu ), belakang almari, belakang tv, sekitar peti ais, sekitar lampu, belakang bingkai gambar dan cermin.
  4. Kesukaan : persekitaran yang kotor, tempat yang berbau hapak seperti timbunan kertas terutamanya surat khabar, timbunan kasut, timbunan baju
  5. Kebencian : bau yang tengik seperti bau bawang merah, bawang putih, tembakau, cuka, ubat gegat

Berdasarkan profile cicak kat atas ni meh Hani senaraikan 10 cara nak elakkan cicak dekat rumah kita berkampung.

1. Hilangkan bekalan makanan cicak kat rumah kita , iaitu kita uruskan dulu masalah nyamuk dan semut yang banyak kat rumah. Gunakan racun semut (yang jual sepeket rm1 tu sangat berkesan) dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk.

Bila bekalan makanan dia takda kat rumah kita automatik cicak akan berkurang atau takda lansung. Hani gunakan cara ni juga yang menyebabkan kat rumah Hani susah nak jumpa cicak.

2. Disebabkan cicak takut kat burung, bela burung kat rumah! Eh eh haha takyah sampai camtu sekali. Memadai sediakan jejak burung seolah-olah ada burung kat rumah kita dengan cara :

  • Letak beberapa kulit telur burung puyuh kat area tingkap atau mana2 tempat cicak boleh masuk. Dia nampak je telur burung puyuh tu confirm tak jadi masuk rumah.
  • Lekatkan bulu pelepah burung kat tempat masuk cicak tu. Kalau nak cantik boleh letak bulu pelepah burung merak lekat kan dinding jadikan perhiasan.

cicak dekat rumah

3. Disebabkan cicak suka lepak belakang almari dan bingkai cermin dan dinding, semasa susun atur perabot jangan rapatkan perabot kat dinding. Jarakkan dalam 10 cm dari dinding. Kalau kat rumah banyak cicak, kurangkan perhiasan sangkut-sangkut macam bingkai cermin dan gambar.

4. Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Sebab bila sampah dan sisa makanan tarik perhatian lalat, automatik cicak pun datang ramai-ramai panggil geng dia sebab banyak makanan dia kat rumah tu.

BACA: Cara Mudah Dah Berkesan Atasi Masalah Najis Cicak Dekat Rumah

5. Elakkan suka melonggok barang samada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama. Re-organise semua barang supaya teratur dan berada di “rumah” dan tempat khas untuk setiap barang-barang.

6. Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi ini kena berhati-hati sebab perlu ditukar selang 3 hari. Kang membusuk lain pulak jadinya.

7. Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Tapi laci/kabinet berisi makanan tak digalakkan.

cicak dekat rumah

8. Lap permukaan meja makan/ kaunter kabinet dengan semburan campuran cuka (diy surface cleaner, resepi kat caption gambar) untuk elakkan cicak melintas atas meja makan kita

  • 250ml air biasa (air paip)
  • 50ml cuka (cuka murah2 je cuka sintetik pn ok)
  • 3 sudu plastik dish soap (guna Joy)
  • 1 sudu plastik dettol

cicak dekat rumah

9. Guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di Eco. Tampalkan di sebelah peti ais atau belakang tv, bingkai cermin atau gambar. Cicak akan melekat kat atas pelekat tu dan kita boleh buang bila dah ada beberapa cicak melekat. Tak digalakkan untuk orang ‘penggeli’ cicak macam Hani hahaha Hani tak berani buat ni.

cicak dekat rumah

10. Bela kucing sebab kucing boleh tolong tangkap cicak dekat rumah, bukan setakat cicak kadang-kadang sumpah-sumpah pun dorang boleh “hadiahkan” kat tuan dia

So pilihlah cara yang mana satu yang nak diguna untuk singkirkan cicak dekat rumah.

Sumber: Hani Mynis

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 × three =