Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Mulai 1 April, Ini Cara Semak Dan Memohon.

Umum ketahui bahawa kerajaan akan menyalurkan Bantuan Prihatin Nasional untuk membantu meringankan beban rakyat dan memastikan tiada golongan tercicir daripada menerima bantuan.

Pastinya, pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat yang lalu membuatkan anda tersenyum gembira dan tertanya-tanya cara untuk membuat permohonan bantuan tersebut, bukan?[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Untuk pengetahuan anda, pembayaran Bantuan Prihatin Nasional ini akan dilakukan dalam dua fasa iaitu pada bulan April dan Mei. Pastikan anda menyemak dahulu kelayakan anda seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

Bagi anda yang belum berdaftar, anda boleh membuat permohonan baharu mulai 1 April 2020 menerusi laman sesawang rasmi LHDNM pada pautan di sini. Untuk makluman, semuanya hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja.

Bantuan Prihatin Nasional

Kaedah pembayaran untuk Bantuan Prihatin Nasional adalah seperti berikut:

Bantuan Prihatin Nasional B40:

Haruslah memiliki maklumat akaun dimana bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun. Jika status bayaran adalah gagal atau anda tiada akaun bank, bayaran secara tunai akan dilakukan melalui Bank Simpanan Nasional.

Bantuan Prihatin Nasional M40:

Pembayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini yang telah dikemukakan. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah. Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Tempoh membuat semakan:

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

  1. Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
  2. Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan

Anda boleh menyemak status di laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Bantuan Sara Hidup (BSH) dan juga Kementerian Kewangan Malaysia. Jangan terlepas tarikh untuk membuat semakan dan permohonan pula!

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon tertera ini: 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 1-800 882 747 / 03-8911 1000.[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

3 × two =