Kalau Nak Bakar Lemak Paling Banyak Semasa Berpuasa, Bersenamlah Pada Waktu Ini

Kalau Nak Bakar Lemak Paling Banyak Semasa Berpuasa, Bersenamlah Pada Waktu Ini | Dalam waktu PKP ini ramai yang naik berat badan, jadi apa kata kita buang balik lebihan lemak yang kita kumpul waktu bulan puasa ini.

Kita bersenam pada waktu yang disarankan oleh jurulatih kecergasan Kevin Zahri untuk bakar lebihan lemak itu lebih cepat.

Tapi sebelum itu, memandangkan bulan puasa kita kena tahu do and dont’s supaya senaman yang kita buat memberi kesan dan BUKAN membuatkan kita letih tak bermaya hingga menjejaskan tubuh badan.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Waktu terbaik bakar lemak sejam sebelum berbuka

Jika mahu membakar lebih banyak lemak bulan puasa, waktu terbaik untuk bersenam adalah sejam sebelum berbuka.

Ini kerana selepas sehari berpuasa dan kehabisan glycogen, badan kita terpaksa membakar lemak untuk sumber tenaga bersenam.

BACA: 3 Punca Utama Kenapa Senaman Anda Tidak Mendatangkan Hasil

Senaman yang sesuai adalah senaman intensiti rendah (heart rate tidak melebihi 65% kadar maksimum) seperti slow jog, brisk walk (ikut kemampuan individu).

Macam mana nak tahu heart rate 65%? Pastikan anda berasa beban senaman tapi masih boleh bercakap dengan orang sebelah tanpa tercungap-cungap.

bakar lemak

Slow jog dah cukup

Disarankan senaman ringan ini dilakukan di tempat yang redup atau indoors. Sila berhenti kalau berasa pening atau loya.

Selain sejam sebelum berbuka, korang boleh juga melakukan senaman ini sejurus selepas berbuka puasa. Tapi pastikan anda berbuka dengan air kosong saja(tanpa kalori) BUKAN selepas makan nasi dan kuih bagai.

Senaman tinggi intensiti seperti Tabata, aerobik dan sebagainya tidak digalakkan dalam keadaan berpuasa. Walau pun nak kurus cepat senaman ini tak disarankan.

Senaman intensiti tinggi tanpa minum air sememangnya bahaya dan boleh mengakibatkan risiko kecederaan, pengsan malah serangan jantung.

Sumber: Kevin Zahri

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four × 2 =