AWAS! Bahaya Langsir, Ropol Dan Wallpaper Di Ruang Dapur

AWAS! Bahaya Langsir, Ropol Dan Wallpaper Di Ruang Dapur | Walaupun kelihatan cantik, bahan mudah terbakar seperti langsir, ropol, bunga hiasan dan kertas dinding perlu dielakkan dari diletakkan berhampiran dengan dapur.

Nak pula jika dapur berdekatan dengan tingkap udara keluar dan masuk ke ruang dapur. Ini menyebabkan langsir terbuai dengan pergerakan angin. Jika terlalu dekat dengan api dapur ketika memasak ianya boleh membahayakan kerana boleh menambah risiko kebakaran.

Selain meningkatkan risiko kebakaran, keberkesanan barang elektrik juga mungkin akan berkurangan serta meningkatkan penggunaan elektrik dan memendekkan jangka hayat peralatan.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

KESELAMATAN KEBAKARAN DI DAPUR

  • Jangan tinggalkan dapur tanpa pengawasan ketika sedang memasak
  • Sentiasa awasi dan periksa masakan di dalam alam pembakar seperti ketuhar mikro
  • Elakkan memasak jika mengantuk, pening atau selepas mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk

langsir

KEBERSIHAN DAPUR

  • Jangan pegang bahan-bahan mudah terbakar seperti pembalut makanan mahupun buku resipi berhampiran atau diatas kawasan dapur gas
  • Pastikan ruang memasak sentiasa dibersihkan selepas diguna. Kotoran dari bahan masakan yang berminyak boleh disambar api
  • Elak sebarang bahan mudah terbakar seperti langsir atau tuala pembersih berdekatan dengan dapur memasak

BACA: Kalau Nak Membasuh Langsir Jangan Terus Sumbat Dalam Mesin Basuh, Ini Caranya

KESELAMATAN LITAR ELEKTRIK DI DAPUR

  • Hanya gunakan satu peralatan (jenis pemanas) bagi satu soket, dalam satu-satu masa
  • Pastikan fius dan pemutus litar diwujudkan bagi memutuskan aliran elektrik dari sumber kuasa sekiranya berlkau lebihan kuasa
  • Pastikan rintangan didalam fius adalah sama seperti yang diperlukan bagi satu perkakas elektrik
  • Ganti wayar yang telah pecah atau rosak
  • Sekiranya peralatan elektrik di dapur terlalu panas atau berasap, putuskan sambungan plug dengan kadar segera

Sumber : Public Health Malaysia

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 × five =