Inilah Bahaya Guna Alat Penyedut (Inhaler) Lebih 2 Kali Seminggu, Pesakit Asma Perlu Tahu!

Inilah Bahaya Guna Alat Penyedut (Inhaler) Lebih 2 Kali Seminggu, Pesakit Asma Perlu Tahu! | Asma merupakan penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan. Sewaktu terkena serangan, pesakit akan mengalami wheezing (bunyi bersiul apabila sedang bernafas), kesesakan dada, sesak nafas dan batuk.

Bagi pesakit asma, mereka sahaja yang tahu bagaimana ‘seksanya’ jika terkena serangan ini. Penting untuk menyedari perkara-perkara dalam persekitaran yang cenderung untuk membuat asma jadi lebih teruk.

Faktor-faktor ini berbeza untuk setiap individu dan antara perkara yang menyebabkan berlakunya asma adalah seperti berikut:

inhaler

  • Jangkitan pernafasan dan selesema
  • Pendedahan kepada asap rokok
  • Reaksi alahan atau alergi kepada debunga, kulat, bulu haiwan, habuk, makanan dan lipas
  • Pencemaran udara dalaman dan luaran, termasuk ozon dan pencemaran zarah
  • Pendedahan kepada udara sejuk atau perubahan suhu secara tiba-tiba
  • Tekanan (stress)
  • Latihan (senaman)
  • Ubat-ubatan termasuk aspirin dan ubatan anti-radang bukan steroid seperti asid mefenamic (ponstan) atau ibuprofen

Pengguna Inhaler Perlu Dapatkan Rawatan Susulan

Pesakit yang menghadapi serangan asma akan ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan dan bagi mereka yangs sering mengalami simptom-simptom asma, mereka biasanya mempunyai alat penyedut (inhaler) sendiri.

BACA JUGA :: Jangan Pandang Remeh Terhadap Penyakit Asma. Atasi Penyakit Ini dengan 5 Cara Mudah

Namun begitu, menurut Pengasas Asthma Malaysia, Dr Helmy Haja Mydin mendedahkan penggunaan dan kebergantungan berlebihan kepada alat sedut atau inhaler itu tanpa rawatan ubat kawalan untuk merawat keradangan akan meningkatkan kadar morbiliti dan kematian. Ini kerana penggunaan alat inhaler itu sahaja tanpa disusuli rawatan yang sepatutnya tidak menyelesaikan masalah asas.

Tambahnya, jika pesakit hanya menggunakan alat sedut pelega, keadaannya akan berpanjangan dengan risiko komplikasi. Penggunaan alat sedut pelega lebih daripada dua kali seminggu akan meningkatkan serangan asma. Disebabkan ketidakpatuhan dan penggunaan rawatan yang tidak betul, hanya enam peratus daripada pesakit yang mempunyai kawalan asma yang baik.

Justeru itu, bagi korang yang menghidap asma dan menggunakan alat sedut pelega ( inhaler ) dirumah, sila ambil perhatian dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Dr Helmy ini. Jika mendapat serangan asma terlalu kerap, lebih baik terus berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat daripada pakar.

Sumber: myhealth.gov.my

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

14 + 11 =