Bagi Peminat Cheese, Susu Dah Basi Jangan Dibuang. Rupanya Boleh Buat Cheese Homemade!

Tunggu! Sebelum anda buang susu yang sudah basi tersebut, tahukah anda bahawa anda masih boleh gunakan ia untuk buat cheese homemade?

Buat penggemar cheese, pastinya harga cheese di pasaran sedikit sebanyak menghadkan pembelian anda kerana dijual dengan harga yang agak mahal.

Jadi, salah satu solusi adalah dengan buat sendiri di rumah, hanya gunakan susu sahaja.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

BUAT CHEESE HOMEMADE GUNA SUSU DAH BASI

Alhamdulillah atas nasihat ahli-ahli dalam group ni saya dah buat keju homemade menggunakan susu kotak full cream yg basi tadi.

Terima kasih saya ucapkan bebanyak pada ahli-ahli yg sudi berkongsi ilmu dan nasihat pada saya. Memang sedap sungguh kejadiannya, ada hikmah disebalik yang jadikan. Kalau tak sebab susu basi sampai kesudah saya takleh beza antara susu full cream dan fresh milk.

Saya sertakan sekali resepi buat keju homemade disebabkan ramai ahli yang belum mengetahui cara-caranya, kalau tersilap mohon diperbetulkan pada sifu-sifu yang dah biasa buat.

Susu Dah Basi Jangan Dibuang, Rupanya Boleh Buat Cheese Homemade

1. Rebus susu yang dah basi tu

Susu Dah Basi Jangan Dibuang, Rupanya Boleh Buat Cheese Homemade

2.Bila dah naik kepala saya letak 2 sudu cuka dan garam

3.Dan lepas dekat-dekat nak mendidih saya angkat dan tapis guna kain napkin baby yang bersih. Tunggu sejuk baru saya perah kemudian saya mampatkan balik guna loyang cake.

Susu Dah Basi Jangan Dibuang, Rupanya Boleh Buat Cheese Homemade

Selamat mencuba!

Sumber : Rini Haryanie

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two × one =