Home All Pengetahuan Am Nak Atasi Masalah Peha Besar? Anda Hanya Lakukan Gerakan Ini Selama 3...

Nak Atasi Masalah Peha Besar? Anda Hanya Lakukan Gerakan Ini Selama 3 Minit Sebelum Tidur

8379
0
Nak Atasi Masalah Peha Besar? Anda Hanya Lakukan Gerakan Ini Selama 3 Minit Sebelum Tidur

Peha besar. Ini antara masalah ramai wanita sekarang. Malah ada yang berdepan bentuk badan tak seimbang bila bahagian peha besar daripada tubuh bahagian atas.

Tapi paling tidak seronok adalah kesukaran mencari saiz seluar yang boleh memuatkan bahagian kaki yang besar memandangkan kebanyakan potongan seluar ketika ini kecil-kecil belaka.

Agar lemak di bahagian peha tak terus bertambah ada baiknya anda melakukan gerakan ini sebelum tidur. Menariknya ia hanya memerlukan masa senaman tiga minit ia boleh membantu melunturkan lemak-lemak di peha.

peha besar

BACA JUGA :: Inilah Cara Mudah Kecilkan Peha Drumstick Dengan Air Rebusan Jintan. Punyalah Luar Biasa Kesannya!

Cukup mudah melakukan gerakan regangan ini. Duduk di lantai dan buka kaki seluasnya ke sisi. Tegakkan tubuh kemudian bongkokkan ke arah kaki kiri dengan dua tangan menarik jari-jari kaki kiri. Tahan selama 5-15 saat dan lakukan sebanyak lapan kali.
Ulang gerakan yang sama untuk kaki kanan.

peha besar

Dalam keadaan berbaring, angkat kedua kaki ke atas. Kedua tangan berada di sisi menekan lantai. Kemudian, lakukan gerakan seperti dalam gambar di bawah ini.

peha besar

Bengkok kedua kaki ke dada, angkat ke atas, hayunkan lalu kembali ke posisi asal semula. Ulangi 8 kali.

peha besar

Posisikan tubuh dalam keadaan menelangkup di lantai. Kemudian regangkan kedua tangan ke depan sejauh mungkin.Angkat tangan kiri dan kaki kanan pada masa yang sama. Tahan selama 3-4 saat. Ulangi pada tangan kanan dan kaki kiri. Ulangi 5 kali.

peha besar

Jadikan gerakan ini sebagai rutin setiap malam sebelum tidur jika mahu melihat hasilnya. Jangan hanya seminggu kemudian berharap peha besar akan kecil langsing.

Bahagian tubuh yang sering menjadi perhatian adalah bahagian perut dan peha besar. Bahagian tersebut memang paling mudah terkumpul lemak. Walaupun masalah ini dianggap kecil atau remeh berbanding berat badan atau bahagian lain yang menjadi tumpuan, bagi segelintir wanita paha yang terlalu besar dan tidak seimbang dengan ketinggian tubuh akan menjejaskan bukan saja penampilan tetapi juga keselesaan ketika berjalan.

Mencegah perut yang buncit dan peha besar, tentu hal ini mengganggu penampilan anda. perut yang buncit dan paha yang besar tidak hanya dialami oleh mereka yang memiliki berat badan sahaja, malah mereka yang berbadan ideal juga tidak terlepas dari memiliki perut dan paha yang besar.

Jika diabaikan, makin lama lemak akan menebal dan sukar untuk dibakar. Jadinya, anda terpaksa mengeluarkan kos yang banyak untuk membuat rawatan membuang lemak dan semestinya kos perbelanjaan ini sangat besar untuk dilakukan.

Ketahui Punca Perut Buncit Dan Paha Besar

Salah satu sebab terjadinya perut buncit dan peha besar adalah dari pola pemakanan yang tidak betul. Jika diperhatikan dari makanan yang diambil sudah pasti kuantiti dan khasiat makanan yang diambil hanya mendatangkan kegemukkan pada tempat tersebut sahaja.

Kandungan makanan yang tinggi lemak adalah faktor utama penyebab utama buncit. Lebihan lemak yang terkumpul pada perut dan peha adalah akibat dari makanan yang mengandungi lemak. Kandungan lemak yang ada pada makanan yang di ambil tidak boleh dicerna dengan baik sehingga tersimpan menjadi lemak pada tubuh badan.

Menu Diet Yang Sesuai Untuk Anda Yang Inginkan Perut Dan Peha Yang Ideal

Ramai orang tidak kira lelaki mahupun wanita ingin penampilan yang sempurna walaupun telah pelbagai cara dicuba. Cara mengecilkan perut dan peha besar boleh dilakukan dengan mengamalkan tip menu makanan diet yang sesuai untuk mengecilkan perut dan peha besar. Antara tips tersebut adalah :

Tips Menu Makanan Diet Untuk Mengecilkan Perut Dan Peha Besar:

1. Kurangkan Pengambilan Makanan Berlemak

Anda haruslah mengurangkan pengambilan makanan yang berlemak kerana makanan berlemak merupakan faktor utama paha yang besar. Gantikan dengan makanan yang lebih sihat dan mempunyai khasiat yang baik untuk badan anda. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian paha.

2. Hadkan Jumlah Pengambilan Makanan Dengan Kandungan Gula Yang Tinggi

Ada dua kandungan gula pada makanan iaitu glukosa serta fruktosa. Fruktosa hanya boleh dimetabolisme dalam hati dalam saiz tertentu. Sekiranya anda sering mengambil makanan atau minuman yang mengandung gula yang tinggi jika hati anda tidak dapat memtabolisme semua fruktosa, ia akan menjadi lemak yang dapat terkumpul di dalam perut anda. Oleh itu, adalah perlu untuk menghadkan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan gula seperti kek, ais krim, coklat dan sebagainya.

3. Perbanyak Pengambilan Sayur-Sayuran Serta Buah-Buahan

Dengan penggunaan buah-buahan dan sayuran yang rendah lemak dengan sedikit kalori dan kandungan serat yang tinggi, akan membantu mengikat air untuk pencernaan dapat berjalan dengan lebih baik juga dapat membubarkan lemak. Kajian meneliti bahawa penggunaan 14 gram serat setiap hari boleh mengurangkan penggunaan kalori sebanyak 10%, boleh mengurangkan berat badan 2 kg dalam 4 bulan, dan mengurangkan 4% lemak dalam perut.

4. Tidak Makan Sebelum Tidur

Melakukan kes satu ini seolah-olah tidak sukar untuk dilakukan ya, tetapi bagi anda yang ingin mengecilkan perut buncit sila perhatian. Anda mesti menahan jam makan pada masa akan tidur kerana ini tak baik tentunya. Perkara semacam ini kerana ketika mencerna makanan dalam perut membutukan waktu 2 jam untuk diproses dan dimetabolisme dalam saluran pencernaan berikutnya.

5. Amalkan Oatmeal Dalam Harian

Makanan oatmeal sangat popular dikalangan para pelaku diet kerana ianya bersifat kenyang. Oatmeal efektif mengurangi lemak yang berlebihan pada bahagian perut. Makanan ini juga dapat membantu menjaga kadar gula, kandungan seratnya sangat baik bagi pencernaan.

Anda boleh menambah menu lain kedalam oatmeal seperti pisang sebagai menu di waktu sarapan pagi bagi mengurangi lemak perut dan peha besar di samping sekaligus dapat menurunkan berat badan

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here