18 Khasiat Daun Kesum Selain Atasi Masalah Kelemumur dan Rawat Radang Sendi

Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis daun kesum yang biasa di dapati iaitu dari jenis menjalar dan menegak tapi mempunyai khasiat daun kesum yang sama. Di Thailand ia banyak digunakan sebagai sebahagian daripada ramuan salad.

Di Malaysia pula ia dijadikan sebagai bahan penambah perisa dalam makanan atau hidangan seperti laksa Penang selain dimakan mentah sebagai ulaman oleh mereka yang cenderung menjaga kesihatan secara alami.

Daun kesum sangat popular bagi masakan asam pedas ataupun laksa. Kalau tak ada daun kesum ni rasa macam tak lengkap masakan.

Walaupun ianya bukanlah satu kemestian atau tak letak dalam masakan pun tak apa, tapi daun kesum sebenarnya akan menambahkan lagi rasa termasuk aroma sesuatu masakan itu.

Kalau nak tahu, selain daripada menjadi penambah rasa pada masakan sebenarnya khasiat daun kesum ini mempunyai manfaat lain yang ramai orang tak tahu.

Dipercayai ia kaya dengan beta kerotena, vitamin A & C serta kandungan mineral seperti kalium, kalsium dan fosforus. Selain aromanya yang dapat merangsang selera, herba ini dapat mengurangkan bau dan hanyir ikan.

Daun kesum mengandungi khasiat yang agak tinggi, terutamanya karotena dan vitamin C. Dalam 100 g, bahagian yang boleh dimakan daun, daun kesum mengandungi: air 73.2 g, protein 2.8 g, lemak 0.7 g, karbohidrat 18.4 g, serat 2.8 g, kalsium 232 mg, fosforus 19 mg, ferum 3.2 mg, natrium 19 mg, kalium 308 mg, karotena 7433 mg, vitamin A 1239 mg, vitamin B10.15 mg, vitamin B2 0.2 mg, niasin 2.8 mg, vitamin C 125 mg.

Kajian menunjukkan bahawa tumbuhan herba ini, kaya dengan antioksidan dan memiliki sifat-sifat antimikrob.

Daun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia ‘aliphatic aldehyde’ yang tinggi dan komponen kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal. Sebagai punca bahan semula jadi ‘aliphatic aldehyde’, minyak kesum pula dikatakan mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian.

Tidak banyak bahan semula jadi seumpamanya di pasaran. Kajian mendapati kandungan bahan alipathis aldehyde ini adalah tinggi sehingga 605 dalam beberapa spesis tertentu. Kandungan bahan seperti Decanal dan Dodecanal dalam Alipethic aldehyde boleh didapati dengan mengeringkan daun kesum sebelum diekstrak untuk dijadikan minyak wangi atau bahan perisa masakan

KHASIAT DAUN KESUM

Antara khasiat daun kesum yang terdapat pada daun kesum adalah;khasiat daun kesum

1. Merawat Kelemumur

Jika anda mempunyai masalah kelemumur boleh lah cuba cara ini ,kisarkan satu ikat daun kesum sehingga lumat kemudian sapukan pada keseluruh bahagian kulit kepala. Biarkan seketika kemudian cuci bersih rambut seperti biasa. InshaAllah masalah kelemumur pada rambut anda akan pulih.

2. Mengubati Sakit Perut

Rebuskan daun kesum bersama satu cawan air sehingga mendidih, kemudian tutup api dan biarkan sejuk seketika. Minum air rebusan tersebut inshaAllah akan melegakan sakit perut anda. Daun yang direbus tadi juga boleh dilekapkan ke perut. Anda juga boleh mengamalkan minum air rebusan daun ini sebulan sekali untuk melancarkan lagi sistem pencernaan.

Antara kelebihan daun kesum yang lain ialah :

  1. Menguatkan daya penglihatan
  2. Mengatasi masalah kembung atau ketidakhadaman
  3. Mengharumkan tubuh
  4. Mengatasi masalah keputihan
  5. Baik untuk wanita lepas bersalin
  6. Menghilangkan panau – Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.
  7. Mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan dan awet muda – Makan pucuk daun kesum sebagai ulam setiap kali makan nasi.
  8. Mengharumkan tubuh
  9. Bagi wanita lepas bersalin – anda bolehlah cuba merebus daun ini dan minum air rebusannya ketika suam.
  10. Air rebusannya juga boleh diminum untuk merawat masalah keputihan. Jika kurang suka dengan baunya, jadikan ulam yang dimakan mentah..
  11. Tonik hati, buah pinggang dan darah
  12. Mengeluarkan angin dari perut dan usus.
  13. Merangsang dan melawaskan pembuangan air kecil dan pembuangan air besar
  14. Membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, sebagai stimulan serta merangsang haid.
  15. Ubat Gout/radang sendi. Daun kesum juga digunakan untuk merawat reumatisme, gout
  16. Merawat radang sendi
  17. Melegakan batu karang.
  18. Ubat tampal di tempat berkudis.

Namun begitu meskipun khasiat daun kesum ini banyak namun pengambilan terlalu kerap adalah tidak digalakkan, kerana kandungan asid oksalik di dalamnya boleh menghalang penyerapan mineral ke dalam tubuh.

Jadi ibu-ibu, kakak-kakak, adik-adik diluar sana lepas ni boleh la beli banyak daun kesum ni ye selepas mengetahu khasiat daun kesum yang banyak ni. Kalau tak habis guna pun jangan risau daun kesum ni sangat senang untuk ditanam.

Pastikan rendam tangkainya sekerat kedalam bekas berisi air sehingga nampak akar-akar kecilnya mula tumbuh. Kemudian pindahkan sahaja ke dalam pastu dan pastikan hari-hari siram. Pokok daun kesum perlukan air yang banyak untuk hidup subur.

Sekian. Selamat mencuba!

BACA JUGA: Kulit Kentang Mampu Hitamkan Semula Rambut

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

10 − 1 =