Bagaimana Nak Atasi Masalah Gigi Berlubang? Berkumur Saja Dengan Air Kunyit.

Bagaimana Nak Atasi Masalah Gigi Berlubang? Berkumur Saja Dengan Air Kunyit | Tahap kesedaran yang rendah dalam penjagaan kebersihan gigi dan juga tidak membuat pemeriksaan gigi secara berkala menjadikan seseorang boleh mengalami masalah gigi berlubang.

Jika membuat carian di Google, terdapat pelbagai cara dan juga tips yang boleh dilakukan demi menghilangkan rasa sakit seperti menyumbat bunga cengkih ke dalam gigi yang berlubang, berkumur dengan air garam dan bermacam-macam lagi.

Perkongsian yang dibuat oleh Dr Mohd Khairul Izwan di laman Facebooknya sedikit sebanyak membuka mata semua rakyat Malaysia bahawa betapa pentingnya membuat pemeriksaan gigi secara berkala dan mendapatkan rawatan segera jika mengalami masalah gigi.

gigi berlubang

Nak Tunggu Sakit Baru Jumpa Doktor?

Menurut Dr Mohd Khairul Izwan, masalah gigi bukan sekadar gigi berlubang dan sakit gigi sahaja, malah boleh menjadi lebih serius jika dibiarkan sehingga boleh mengalami bengkak dibahagian muka.

Pesakit yang mendapatkan rawatan dengannya, didapati mengalami bengkak sebahagian muka disebabkan tidak merawat gigi yang berlubang dengan kadar segera.

Beliau juga menasihatkan kepada orang ramai bahawa jangan mengambil mudah dengan masalah yang dihadapi dan segera mendapatkan rawatan gigi supaya langkah untuk menyelamatkan gigi dapat dilakukan.

Bukan itu sahaja, sikap kurang peka dalam menjaga kesihatan gigi sehingga terdapat karang gigi dan sisa makanan yang penuh di dalam mulut menyebabkan berlakunya jangkitan kuman di dalam gigi yang berlubang tersebut.

Sakit Gigi Berlubang Di Tengah Malam, Tak Sempat Nak Jumpa Doktor Gigi. Apa Yang Anda Perlu Buat?

Menderita sakit gigi sangat menyakitkan. Bermula dengan gusi yang bengkak, rasa ngilu dan berdenyut-denyut. Nak makan pun susah dan kena berjaga-jaga.

Menurut Song J.Dkk daripada Fakulti Sains Biologi College of Natural Sciences, Wonkwang University , kunyit yang bernama Kurkumin boleh menghalang pembiakan bakteria yang menjadi punca gigi itu berlubang. Kurkumin merupakan fungsi utama kunyit yang menghalang gigi jadi berlubang.

Jadi, apa yang korang harus lakukan, berkumur dengan larutan air kunyit. Tidak kisah samada kunyit hidup mahupun kunyit serbuk. Petua ini sememangnya menjadi dan boleh mengatasi masalah gigi berlubang.

Selain berkumur, apa yang penting, jaga gigi korang okay! Pastikan gigi digosok 2 kali sehari setiap pagi dan juga sebelum tidur. Pemeriksaan gigi juga harus dibuat setiap 6 bulan sekali.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

six + 9 =