Wanita Kongsi Tip Rawat Migrain Hanya Dengan Menggunakan Asam Keping. Jom Cuba

Seorang wanita berkongsi cara rawat migrain secara semula jadi dengan asam keping. Tanpa sebarang produk migrain di pasaran, dia berjaya menghilangkan sakit kepala selepas mencuba petua yang dikongsikan olehnya menerusi group facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) .

Memang banyak sebenarnya khasiat air asam keping ini ramai yang terlepas pandang kerana petua ini nampak macam mudah sangat. Boleh lah kita sama-sama amalkan untuk mencegah penyakit lain. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat orang ramai.

Ubat Rawat Migrain

Saya ada migrain 2-3 ari sekali dia datang jengah. Tak lalu la nak telan ubat selalu. Sejak minum air asam keping ni, helokkk pulak. Selalu baca tapi tak pernah ikot pun, tapi tibe-tibe dapat hidayah dari mana tah kita pun cuba. Setakat ni ok pulak tak de datang sakit-sakit kepala.

Banyak khasiat taw asam keping ni. Saya share kan kat bawah antara khasiat air asam keping ni, ni pun hasil gogel mengogel. Yang best dia bantu kawal berat badan jugak. Nyambil2 tu .. Hehee..

Manfaat dan Khasiat Asam Keping untuk Kesihatan

asam keping1. Penurun darah tinggi
Khasiat buah ini terutama akan efektif untuk penderita hipertensi atau darah tinggi. Kandungan buah ini dapat membantu untuk menurunkan tekanan darah tinggi, sehingga membuatnya bacaan tekanan darah lebih stabil dan tidak membahayakan tubuh.

2. Mengubati kencing manis
Manfaat buah ini juga mampu menjadi ubat untuk penyakit kencing manis. Buah ini akan bekerja membersihkan saluran kencing anda dari bakteria sehingga penyakit kencing manis di peringkat awal boleh cepat disembuhkan secara semulajadi tanpa kesan sampingan.

3. Mengatasi berat badan berlebihan
Salah satu khasiat yang paling terkenal dari buah asam ini adalah khasiatnya untuk mengatasi berat badan yang berlebihan. Buah ini sering dijadikan sebagai ubat tradisional yang mampu menangani kegemukan akibat lemak yang berkumpul di tubuh.

4. Menambah nafsu makan
Manfaat buah ini juga baik untuk anak anda yang kruang nafsu makan atau sukar untuk makan. Buah ini akan merangsang tubuh si anak dengan meningkatkan nafsunya untuk makan agar tidak kekurangan gizi seimbang yang diperlukan untuk tumbesaran.

5. Mencegah sakit jantung
Khasiat asam keping yang paling penting iaitu mencegah jantung anda dari serangan penyakit, contohnya penyakit jantung koroner. Buah ini akan melindungi organ jantung anda dari dalam sehingga akan lebih sentiasa sihat.

6. Anti tumor
Manfaat asam keping untuk tubuh yang berikutnya iaitu sebagai anti tumor. Sebelum tumor ganas menyerang tubuh anda, alangkah baiknya jika anda terhindar dari penyakit ini sejak dari awal lagi. Buah ini akan memperlambatkan pertumbuhan tumor dengan cara semulajadi.

7. Ubat penyakit Cacing
Buah asam keping boleh dijadikan ubat untuk penyakit jangkitan cacing. Buah ini boleh membunuh cacing atau bakteria yang menyebabkan penyakit kecacingan yang biasanya menyerang organ pencernaan anda. Pencernaan anda akan kembali lancar jika anda mengamalkan minum air rebusan buah ini.

8. Mengurangi kolesterol jahat
Selain berguna untuk diet, buah asam keping akan mengikat kolesterol jahat dan membuangnya dari tubuh. Kolesterol jenis inilah yang berbahaya bagi orang berbadan gemuk kerana menjadi penggalak penyakit yang dimulai dari kegemukan.

9. Mengatasi demam
Ubat demam yang semulajadi yang boleh anda cuma dengan mengambil buah asam keping. Jika anda terkena demam, anda boleh merebus buah ini terlebih dahulu kemudian meminum air hasil rebusannya sampai demam anda turun.

10. Anti kanser
Buah asam keping boleh menjadi anti tumor jika dimakan dengan teratur. Buah ini adalah buah yang mengandungi zat-zat baik untuk menyihatkan sel tubuh dan membuang sel tubuh yang rosak untuk mencegah pertumbuhan kanser.

Manfaat lain

Manfaat dan Khasiat Buah Asam keping Lainnya:

  • Membuatkan kulit awet muda
  • Anti penuaan
  • Menghaluskan kulit
  • Melancarkan pencernaan

Cara-caranya

asam keping Cara nya rendam 1-2 keping asam keping dalam air panas , tunggu sampai suam dah boleh minum , tapi cara saya rendam semalaman , sebelum tidur saya rendam , bangun pg saya minum , tambah air semula saya rendam sampai malam , sebelum tidur saya minum. Hari berikut nye boleh ganti asam keping yg baru. Semoga bermanfaat.

Sumber : Puan Fara Bakri

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

five × one =