Dengan Aplikasi Boost,Lelaki Ini Dedah Cara Jimat Dan Mudah Langsaikan Hutang PTPTN

Dengan Aplikasi Boost,Lelaki Ini Dedah Cara Jimat Dan Mudah Langsaikan Hutang PTPTN | Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan bahawa lebih 375,000 peminjam PTPTN tidak pernah membuat pembayaran balik pada bulan November 2019.

Hal ini pastinya akan memberi kesan untuk orang lain membuat pinjaman kelak. Bagi anda yang setiap bulan membuat pembayaran semula, pasti ada daripada anda yang inginkan diskaun dan penjimatan dalam membuat pembayaran semula, bukan?

Perkongsian pengguna Facebook Azmy Mokhtar tentang cara beliau berjimat dalam membuat pembayaran semula PTPTN melalui aplikasi eWallet mendapat perhatian ramai orang. Ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

1. Muat turun aplikasi Boost

Buat anda yang tiada aplikasi eWallet ini, anda boleh muat turun dan daftar aplikasi Boost pada telefon pintar anda. Jangan lupa gunakan invitation code: zam5sib.

boost

2. Cara buat pembayaran

Login aplikasi dan terus ke bahagian Profile > Missions > Take A New Mission > Pay PTPTN Bill RM200. Pastikan anda mempunyai 100 Boost Coins untuk mengaktifkannya. Untuk dapat 100 Boost Coins ini senang sahaja, anda boleh bayar apa-apa bil atau top-up menggunakan aplikasi Boost.

boost

3) Tebus reward

Selepas pembayaran selesai dibuat, anda boleh claim reward RM3.50. Maksudnya, dari RM200 yang dibayar, sebenarnya saya hanya keluarkan duit RM196.50 sahaja. Cara ini kira lebih jimat berbanding bayar guna kaedah perbankan dalam talian yang mana harganya tetap dan tiada diskaun.

Walaupun anda melihat nilainya sedikit, akan tetapi jika pembayaran dilakukan menggunakan cara ini banyak kali, anda masih boleh berjimat. Bagi anda yang mahu dapatkan nombor akaun PTPTN, bolehlah datang ke mana-mana kiosk PTPTN berdekatan untuk mendaftar diri bagi pengaktifan kali pertama sebagai pembayar hutang.

Semoga perkongsian ini setidaknya dapat membantu anda untuk meringankan komitmen bulanan hutang anda.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four × five =