Home All Petua Dapur Bila Api Tungku Dapur Warna Oren, Jenuh Sental Periuk Berjelaga. Boleh Cuba...

Bila Api Tungku Dapur Warna Oren, Jenuh Sental Periuk Berjelaga. Boleh Cuba Cara Ni

16353
0
Bila Api Tungku Dapur Warna Oren, Jenuh Sental Periuk Berjelaga. Boleh Cuba Cara Ni

Perasan tak kadang kala api tungku dapur jadi besar dan bertukar warna oren sehingga menyebabkan periuk hitam berjelaga. Memang jenuh nak menyentalnya, sampai ingat tungku dapur gas dah rosak dan kena tukar yang lain.

Namun sebelum nak beli dapur baru, sebenarnya mak-mak boleh cuba dulu tip yang dikongsikan oleh Puan Sharina Binti Othman dahulu dalam group Masak Apa Hari Ini (MAHN), agar api kembali bertukar biru.

Apa Nak Buat Bila Api Tungku Dapur Warna Oren?

“Api dapoq gas tetiba oren.Habis berjelaga periuk kesayangan.Nak gosok periuk tu, alahai boleh sado tangan tu.Rasa nak beli dapoq gas baru ja kan.Tapi tu la bajet pun cukup-cukup ja.”

Sapa pernah mengalami situasi sebegini?

“Haaa ini caranya untuk kembalikan api jadi warna biru. Selamat tinggal jelaga yang suka singgah di periuk. Lani hangpa baca setiap caption kat gambaq nah.Ni dapoq gas yang biasa tu nah.”

1.Nampak dak api jadi warna oren. Ni bubuh periuk ka bubuh kuali ka, tak sampai seminit tobat hitam periuk tu.. huhuhuapi tungku dapur

2. Pusingkan benda tu. (Yang anak panah tu).

api tungku dapur

3.Pusingkan hingga tidak menutup lubang tu (anak panah).

tungku dapur

4.Nah hasilnya.Tak payah nak pening-pening kepala. Nak sental periuk. Nak beli dapoq gas baru.Alhamdulillah jimat duit.. yeayyyy.

api tungku dapur

Info Ekstra!

Namun, setelah anda pusing pin tetapi api tetap warna oren/merah.

Caranya :

Buka tungku api, ketuk-katuk untuk keluarkan segala karat-karat yang terkumpul, bersihkan sisa makanan atau lelehan minyak.

Spray dengan anti karat ( ada dijual kedai hardware/mr.diy ). Dan pasang semula tungku api tersebut.

BACA JUGA :: Api Dapur Dah Tak Kuat? Jom Cuba Servis Sendiri Jimat Tak Payah Beli Dapur Baru

Jika api masih oren/merah juga maka boleh la tukaq tungku api atau minta suami anda belikan dapoq gas yang baru. Gambaq yang terakhir k.nana terbaca di komen group MAHN.

clip tungku dapur

Semoga perkongsian menjadikan api tungku dapur dari oren ke biru semula ini bermanfaat! Jadi buat mak-mak yang ada masalah api tungku dapur warna oren dan sebabkan periuk berjelaga, boleh cuba dahulu tip yang dikongsikan ini sebelum nak beli dapur baru. Jimat duit barang boleh repair kenapa nak beli baru kan, jangan membazir.

Sumber: Sharina Binti Othman

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here