Api Dapur Dah Tak Kuat? Jom Cuba Servis Sendiri Jimat Tak Payah Beli Dapur Baru

Setiap hari kita masak tetapi bukan selalu kita servis dapur. Malah mungkin ada yang langsung tak tahu pun dapur perlu sesekali diservis untuk buang karat yang melekat.

Biasanya bila api dapur dah tak kuat ( berwarna biru ), ramai yang akan ke kedai untuk beli tungku dapur yang baru. Yang lebih best masa inilah peluang untuk golongan ibu minta dapur baru šŸ˜‰

Jadi untuk mudahkan kerja ibu-ibu, cuba ikut langkah seperti yang dikongsikan saudaraĀ Abdul Ghopar Zakaria Ansariā€Ž.

Hari-hari dapur bekerja untuk kitakan.
Bila kali terakhir uolss servis dapur uolss?

BACA JUGA:Ā Teknik Cuci Hud Dapur Kelihatan Baru & Berkilat

Sesekali jom kita minta pasangan kita buat kerja romantik servis dapur kesayangan kita.

Alat-alat yang perlu disediakan:

  1. Playar
  2. Paku saiz seinci setengah
  3. WD-40 (Spray anti karat)
  4. Pisau

servis tungku dapur, tungku dapur tersumbat, dapur tersumbat, api dapur tak kuat, api dapur kecil

Cara-cara servis dapur

1.Buka tungku dari dapur (pastikan kepala gas telah ditutup atau dicabut dari tong gas)

2.Semburkan WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 minit dan kikis guna pisau (Pastikan tungku sejuk ya jangan yang panas pulak.Melecur tangan nanti)

3.Masukkan paku ke dalam lubang tungku dan ketuk guna playar (ulang pada setiap lubang)

4.Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku (yang bersambung dengan pemetik dapur gas tu)

5.Sembur lagi sekali anti karat WD-40 dan lap kering kemudian pasang seperti asal.(Buka tungku satu-satu ya takut lupa cara pasang kedudukan asal)

servis tungku dapur, tungku dapur tersumbat, dapur tersumbat, api dapur tak kuat, api dapur kecil

Sharelah jika bermanfaat pada uolss.

BACA JUGA:Ā Tip Dan Langkah Selamat Sebelum Menggunakan Dapur Kaca

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment