15 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Pasal Yuran PIBG, Jangan Kecam Dulu

15 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Pasal Yuran PIBG, Jangan Kecam Dulu | DI SINI kami kongsikan satu perkongsian berkaitan yuran PIBG. Ini dia 15 perkara bagi anda membuka hati dah fikiran untuk mengambil tahu kemana duit yuran PIBG sebenar disalurkan.

Baca dengan hati terbuka. Renung sejenak dengan fikiran waras. Setiap tahun, isu sumbangan PIBG akan timbul. Akan ada pihak yang cuba menghasut orang ramai supaya tidak membayar sumbangan PIBG. Dikeluarkan pekeliling menyatakan tidak wajib membayar sumbangan PIBG. Di hasut orang ramai supaya JANGAN bayar sumbangan PIBG.

Beginilah Semak 15 Perkara Berkaitan Yuran PIBG Ni…

1. PIBG sangat memerlukan dana untuk membantu pihak sekolah. Sangat perlu dana yang besar saban tahun.

2. Sekolah-sekolah di Malaysia ni uzur semuanya. Kerusi meja dan berpuluh tahun. Whiteboard dah usang. Pintu tandas sering tercabut. Elektrik sering tendang. Wiring dah dimakan anai-anai.

3. Bumbung pula, pantang angin dan ribut kuat, tercabut. Pokok-pokok besar sekeliling sekolah perlu dicantas, ditebang untuk keselamatan. Murid-murid perlu dirai setiap kali sukan, setiap kali pencapaian mereka bagus.

4. Semua itu perlukan duit. Perlukan duit yang banyak saban tahun. Purata sekolah yang punya 1000 murid perlukan lebih kurang RM100, 000 setahun untuk tampung pelbagai perbelanjaan sekolah.

yuran PIBG

5. Jika ramai terpengaruh dengan hasutan JANGAN membayar yuran PIBG, yang susahnya anak-anak kita dan sekolah anak-anak kita.

6. Kerosakan sekolah boleh lapor pada PPD kemudian di panjangkan kepada JPN dan KPM untuk mohon dana. Tapi proses ini memakan masa sangat lama untuk dana turun. Tu pun jika dana ada. Kadangkala sampai berbulan-bulan menunggu akhirnya hampa.

7. Aku rasa, sudah tiba masanya perkenalkan YURAN PIBG. Wajibkan semua membayar yuran PIBG yang relevan mengikut lokasi sekolah dan mengikut bilangan murid.

8. Yang tak bayar, sekat bantuan buku teks dan keputusan peperiksaan murid. Biar semua bertanggungjawab membayar Yuran PIBG agar sesi persekolahan, program sekolah, keceriaan, baik pulih bangunan rosak dapat berjalan dengan baik.

9. Yang benar tidak mampu sehingga baju sekolah anak-anak pun tak mampu beli baru, kita kecualikan dari yuran ini. Yang benar-benar asnaf dan fakir, tak perlu bayar. Jangan atas kertas kata tak mampu, tapi hisap rokok John, hisap Surya mampu pula.

10. Asbab ada pekeliling yang mengatakan tidak wajib membayar sumbangan PIBG inilah membuatkan ramai yang kaya dan mampu pun mengelak sama membayar. Padahal kereta dua tiga. Padahal hisap rokok Dunhill RM17 sekotak setiap hari.

11. Cuba bayangkan anda menyewa di rumah sewa. Tidak wajib bagi anda menukar mentol, menukar pintu tandas, menukar bumbung rumah sewa kalau rosak. Tidak wajib kan? Namun bila rosak Adakah anda biarkan sahaja kerosakan itu? Nak tinggal dalam rumah yang bocor sana sini? Sanggup bergelap semata-mata tak nak tukar mentol lampu dengan alasan itu bukan kewajipan anda? Sanggup mandi berbogel tanpa pintu tandas? Tak sanggup kan?

12. Begitulah juga sekolah. PIBG sangat memerlukan dana untuk bantu semua fasiliti sekolah yang usang, uzur, merbahaya, program sekolah dan sebagainya. Tanpa dana PIBG, sekolah akan lumpuh.

13. Aku cukup hairan, yang menghasut orang ramai supaya tidak bayar yuran PIBG ini semuanya bangsa Melayu. Sekolah Cina tak pernah ada isu ini. Bahkan mereka sokong lebih lagi. Maka tidak hairan kemajuan sekolah Cina jauh meninggalkan sekolah kebangsaan. Siap ada kelas ada aircond, ada pula smart whiteboard dalam kelas, malah ada sekolah Cina ada lif lagi!

14. Lebih teruk bila ada tuduhan rambang hasut orang ramai jangan bayar yuran PIBG kerana duit itu cikgu-cikgu dan AJK PIBG guna untuk kepentingan peribadi. Memang bangsat tuduhan itu.

15. Cikgu-cikgu berhabis ribuan ringgit setiap tahun untuk sekolah mereka sendiri. Bukan setakat duit keceriaan, hadiah untuk murid setiap hari, sediakan alat tulis untuk murid hilang, sedekah duit untuk murid yang tak bawa duit setiap hari, bahkan angkut suami/isteri dan anak-anak datang bantu keceriaan sekolah dan kelas. Bukan sahaja korban tenaga dan duit sendiri, tenaga dan duit pasangan pun mereka korbankan lagi. Maka tuduhan mengatakan cikgu-cikgu makan duit PIBG adalah tuduhan yang sangat bangsat!

Kerajaan mungkin perlu pertimbangkan untuk mewajibkan yuran PIBG dibayar. Payahnya nak run sekolah tanpa dana dan sokongan PIBG. 🙁

Yang banyak menyalak di media sosial, confirm tak pernah jadi AJK PIBG dan tak tahu ke mana perginya duit berpuluh malah beratus ribu saban tahun. Mereka tak pernah tahu apa keperluan sekolah anak-anak mereka.

Mereka hanya tahu kondem, kondem dan terus mengondem. Tahun ini, yang paling banyak mengondem pasal yuran PIBG aku syorkan datang waktu mesyuarat PIBG. Angkat tangan kemudian cakap begini,

“Saya melantik diri saya sebagai AJK PIBG kerana tidak berpuas hati dengan cara PIBG handle sekolah ini.”

Hah, kemudian kau hadap sendiri semua program sekolah, semua keceriaan, semua baik pulih yang perlukan pembaikan segera. Masa ini, baru kau akan berdiri di dunia nyata. Masa ini baru kau akan tahu ke mana perginya duit PIBG. Masa ini, baru kalian sedar, dana PIBG yang besar sangat-sangat diperlukan oleh pihak sekolah untuk anak-anak kita juga.

Sekian, terima kasih.

#MFS

– Geram dengan sikap –

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

sixteen − twelve =