Anak Takut Suasana Gelap Tanda ‘Nighttime Anxiety’, Lakukan 3 Langkah Ini

Ketika usia anak mula bertambah, pasti ibu bapa akan mengajar anak-anak untuk tidur di bilik sendiri supaya mereka akan menjadi lebih berdikari.

Selalunya kita akan dengar anak-anak mengadu takut dengan suasana yang gelap kerana minda mereka akan mengimaginasi perkara yang ditakuti seperti hantu contohnya.

Siapa sangka sebenarnya sekiranya ini terjadi kepada anak anda, ianya tidak boleh dipandang remeh kerana mereka sebenarnya menghidapi Nighttime Anxiety yang memberi kesan kepada mental anak-anak.

Apa yang di maksudkan dengan Nighttime Anxiety ?

Ikuti perkongsian dari saudara Mohd Fhais yang menjelaskan maksud dan langkah yang boleh diambil bagi membantu anak-anak yang menghidapi masalah ini.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Anak Takut Gelap

Jangan ambil ringan bila anak takut gelap ni. Diorang bukan main-main, serius takut tu. Elakkan di tambah lagi dengan cerita hantu bagai. Sampai ke besar nanti budak tu takut !

Takut gelap ni sebenarnya bukti yang anak tu ada masalah “Nighttime Anxiety”. Bimbang berlebihan bila tiba waktu malam.

Jadi memang normal kalau anak yang ada nighttime anxiety boleh menangis, meraung dan tantrum begitu teruk sekali bila suasana gelap.

Itu baru efek yang kita nampak dari segi fizikal. Apa yang kita tak nampak ialah efek dalaman iaitu efek pada emosi dan mental mereka. Ia jauh lebih serius dari itu.

Bayangkan bagaimana anak menangis dengan jeritan dan air mata bercucuran, begitu juga la emosi dia menangis kesedihan dan mental dia ketakutan terngiang-ngiang jeritan tadi.

gelap

SALAH KALAU KITA GELAK, MARAH ATAU SURUH DIAM !!

Cara ni bukan meredakan tapi menambah lagi rasa seram, rasa takut dan rasa sedih dalam diri anak. Berhenti Guna Logik !

Otak kita jauh berbeza dengan otak anak. Otak kita berfikir secara logik manakala otak anak pula berfikir dengan emosi.

Semakin kita cakap,
“Gelap je, tak ada apa nak ditakutkan”

Semakin membuak-buak anak fikir,
“Gelap sangat menakutkan”

Selagi kita tak boleh nampak dari sudut pandangan ( point of view ) si anak, selagi itu anak akan berkeras bahawa apa yang dia rasa, fikir dan bayang itu betul dan benar.

Ini punca semakin anak besar, semakin menjadi jadi takutnya tu. Mula takut gelap masa nak tidur je, sekarang tengok cermin gelap pun takut, tengok cerita di tv waktu malam dia dah terbayang yang bukan-bukan.

Anxiety ibarat “racun” imaginasi anak kita! Tabiat menakutkan anak dengan cerita hantu dan seram boleh “bunuh” imaginasi anak sendiri. Mesti elakkan! Kita sepatutnya perhebatkan lagi imaginasi anak bukan membunuh.

Mulakan 3 langkah ni jika nak bantu pulihkan “Nighttime Anxiety” anak.

1 – Ikut Rentak Anak
Anak takut gelap? Ikut kan saja. Jangan tutup semua lampu. Boleh juga sediakan lampu tidur kecil sebelah katil anak. Masa nak tidur buka lampu tu. Minda dia tenang, nak tidur pun senang.

Perasaan negatif ni kita tak boleh provokasi berlebihan. Semakin diprovokasi rasa negatif tu jadi semakin parah. Makin merapu nanti imaginasi dia. Sebab itu tak boleh di tambah takut-takutkan anak dengan cerita seram, hantu bagai.

Bagi tukang cerita memang nampak kelakar lihat gelagat anak tu, tapi kesan jangka panjang dia sangat bahaya. Anak boleh kena masalah insomnia, tidur tak berkualiti, mudah bayang perkara yang bukan-bukan dan susah nak fokus.

Lebih baik banyakkan buat anak rasa tenang, selamat dan gembira sebelum tidur. Lama-lama nanti hilang rasa takut gelap tu. Yang penting kena banyak bersabar!

2 – Jadi Lebih Empati
Perkara pertama yang anak mahu dari mak ayah bukan “solution” pada masalah dia tapi dia mahu mak ayah faham dan sentiasa ada di samping ketika diperlukan.

Jadilah mak ayah yang tinggi empati ( Empathic Parenting ). Empathic parenting bukan bermaksud bila nampak anak menangis je kita jadi kelam kabut. Terus beri je apa anak nak. Itu manja bukan empati!

Kita bukan nak manjakan anak tapi nak ajar anak supaya tak terlalu manja!

Mak ayah yang tinggi empati ni mesti boleh sama-sama rasa emosi anak ketika anak hadapi kesukaran.

Anak menangis sebab gelap, jangan memperlekehkan dia. Walaupun bagi kita nampak benda tu remeh, tapi buat-buat serius depan anak. Tunjuk dekat anak yang kita ambil serius kesukaran dia.

Lepas tu baru senang anak nak dengar cakap kita bila emosi antara kita dan anak berjaya dihubungkan ( Rapport ). Masa ni la kita nak jelaskan yang gelap tak bermaksud ada hantu.

gelap

3 – Bantu Anak Kenali Kekuatan Diri
Kalau anak berjaya tidur dalam gelap raikan mereka.

“Wah, rania dah berjaya lawan rasa takut. Semalam tidur sorang-sorang tak nangis pun.”

“Beraninya kakak tidur dalam gelap.”

Kalau tak berjaya pun berikan kata-kata motivasi.

“Tak mengapa syg, esok kita cuba tidur dalam gelap ye”

“Malam ni papa teman adik tidur ye, nanti adik dah sedia adik boleh tidur sorang”

Tak kisah apa pun kesudahannya. Raikan anak kita. Bantu anak kenali kekuatan mereka. Ada anak berani buat apa sahaja tapi bila gelap dia takut. Puncanya sebab anak tak kenal kekuatan diri sendiri.

Anak yang hebat bukan “dilahirkan” oleh mak ayah yang hebat.

Tapi anak yang hebat “dibesarkan” oleh mak ayah yang hebat.

Begitulah, silakan share agar bermanfaat pada orang lain juga.

Sumber: Mohd Fhais
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four − 1 =