Anak Suka Memukul? Amalkan Trik Ini Untuk Hentikan Tabiat Buruk Ni!

Sikap anak yang suka memukul biarpun usia baru mencecah dua tahun bukan perkara yang harus dibiarkan. Sebaliknya ibu bapa perlu mencegah kelakuan mereka itu dengan segera!

Memukul, menendang dan menggigit antara yang sering dilakukan si kecil sebagai perlindungan terhadap dirinya kerana berasa terancam, bosan atau hanya sekadar ingin mendapat perhatian.

Sebagai ibu, sudah pasti secara spontan akan berteriak dan menghukum mereka. Padahal reaksi dengan bersuara lantang tidak efektif untuk meredakan emosi si manja.

Namun, ada beberapa trik yang boleh diambil ibu bapa untuk menghentikan ‘kebiasaan’ anak kecil memukul tersebut.

memukul

BACA: Betul Ke Anak Ke 2 Banyak Konflik Dan Sukar Difahami?

(1) Hentikan Segera Perilakunya

  • Pegang tangan si kecil dengan lembut dan tatap matanya. Katakan stop dengan tegas tanpa terbitkan rasa marah.
  • Jelaskan padanya bahawa anda tidak akan memukul. Namun sekiranya mereka masih ingin memukul, bawanya ke tepi dan tenangkan emosi anak.
  • Jangan biarkan mereka menjadi tontonan umum ketika anda memberikan nasihat.
  • Jaga intonasi suara anda agar tidak membentak.

(2) Tidak Perlu Marah

  • Suara keras tidak mampu membuatkan si kecil memahami apa yang ingin anda sampaikan. Malah, mereka akan terus membalas teriakan anda itu.
  • Menurut pakar psikologi, suara rendah dengan intonasi dan tempo bicara yang tenang serta wajah neutral lebih mampu mengendalikan situasi daripada suara tinggi marah-marah, apatah lagi dengan tempo bicara cepat dan wajah kencang.

(3) Pujian Positif

  • Dalam buku tulisan Dr. Mehmet C. Oz (Dr. Oz) dalam bukunya berjudul ‘Raising Your Child’ mengatakan bahawa cara yang paling efektif untuk membentuk kebiasaan sihat adalah dengan memberi dukungan positif ketika anak melakukan sesuatu yang baik.
  • Puji mereka saat anda meminta pertolongan dan mereka laksanakannya.

(4) Hadiah

  • Kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun tidak mengharapkan balasan dalam bentuk material.
  • Ciuman dan pelukan sudah memadai untuk menunjukkan perhargaan anda kepada mereka.
  • Berikan waktu tambahan pada aktiviti yang mereka sukai misalnya boleh mandi lama sedikit atau dibacakan lebih banyak buku sebelum tidur.

(5) Tunjukkan Apa Yang Sepatutnya

  • Si kecil masih sukar menyatakan isi hatinya tetapi anda masih boleh mengajarnya mengucapkan kata-kata sederhana.
  • Ketika dia kecewa apabila mainannya rosak, jelaskan bahawa ia boleh meminta tolong pada ayah dan ibu dengan mengucapkan perkataan ‘tolong’.
  • Selain itu, sekiranya mereka rimas apabila dicium ramai orang, ajarkan mereka perkataan no atau ‘tidak’ agar orang lain berhenti melakukannya.

(6) Bercerita

  • Bacakan mereka buku-buku tauladan agar mereka tahu apa kelakuan baik yang boleh dicontohi misalnya anak yang tidak mempunyai teman kerana suka memukul.
  • Dari penceritaan anda, si kecil lebih mudah memahami apa kesan daripada perbuatan mereka yang suka memukul.
  • Atau, anda boleh menggunakan buku cerita tentang fungsi tangan, misalnya tangan adalah untuk menggenggam dan bertepuk tangan, bukan untuk memukul. Gigi adalah untuk mengunyah makanan, bukan untuk menggigit orang lain.

Suziana Abu Daud

BACA: Jangan Lepaskan Marah Pada Anak Guna Tangan. Jika Berterusan Anak Tak Lagi Percaya Ibu Ayah

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 × 1 =