Inilah Akibatnya Jika Kerap Kunyah Ais, Gigi Mudah Berlubang Dan Mengundang Masalah Saraf.

Inilah Akibatnya Jika Kerap Kunyah Ais, Gigi Mudah Berlubang Dan Mengundang Masalah Saraf. | Tabiat mengunyah ais ni memang dah tak pelik dalam masyarakat kita. Kalau di kedai makan, habis minuman yang di order, mesti dah jadi habit nak kunyah ais tu sampai habis.

Malah, ada individu yang lebih teruk sehinggakan membawa habit ini di rumah. Mengunyah ais sambil menonton tv. Mesti korang pernah jumpa orang macam ni kan?

Menurut Medical Mythbusters Malaysia, sekiranya korang seorang ‘pengunyah’ ais, korang sebenarnya sedang menjahanamkan gigi tanpa sedar. Sedikit demi sedikit gigi korang akan mengalami kehilangan struktur gigi yang bersifat mikro.

kunyah ais[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Makin banyak korang kunyah ais, makin banyak struktur gigi yang hilang.

Ha, baru tahu kan?

Menurut mereka lagi, proses ini dinamakan abfraction yang membawa maksud gogi korang akan berlubang, tapi bukan berlubang macam tak gosok gigi tu, tapi akan ‘berlekuk’ terutamanya di bahagian leher gigi.

Ini adalah disebabkan oleh kesan trauma yang berpanjangan ke atas gigi akibat daripada kerap mengunyah benda yang keras seperti ais.

Lama-kelamaan gigi akan menjadi sensitive, boleh patah dan pecah kerana banyak struktur gigi yang hilang tanpa sedar.

Urgh, seramnya!

Kisah benar pesakit suka kunyah ais

Dr Muhamad Iqbal juga turut berkongsi tentang kisah seorang pesakitnya yang mengadu gigi geraham sudah pecah. Bila diperiksa, mulutnya bersih, gigi semua tak ada yang rosak kecuali yang pecah tu, satu gigi saja.

Dia memang ada tabiat mengunyah ais selepas makan di kedai. Sambil berborak, dia ambil seketul ais dan kunyah ais. Lepas satu, satu.

Ha, mesti korang selalu nampak situasi macam ni kan?

Keadaan gigi pecah tersebut sampai nampak saluran akar. Eh tak sakit ke? Jawabnya, tak! Maknanya bukan sahaja gigi pecah, tapi saluran saraf mengalami trauma. Terus ‘mati mengejut’.

Jadi untuk rawat gigi dia, kena buat rawatan saluran akar (root canal treatment) dulu, baru tampal dan sarung gigi (crown).

Kepada yang suka makan ais, kurangkan dan berpada-padalah.

Dr Muhamad Iqbal
Doktor Gigi
Medical Mythbuster Malaysia[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

14 + seventeen =