Akibat Gigitan Kucing Liar, Tangan Terpaksa Dibedah Untuk Buang Tisu Rosak!

Akibat Gigitan Kucing Liar, Tangan Terpaksa Dibedah Untuk Buang Tisu Rosak! | Pemberian vaksin kepada haiwan peliharaan adalah sangat penting untuk mencegah daripada ancaman penyakit merbahaya. Ketahanan tubuh juga akan menjadi lebih responsif jika haiwan terdedah kepada penyakit pada masa akan datang.

Sikap acuh tidak acuh dan sambil lewa pemilik sebenarnya boleh mengancam kesihatan mereka sendiri. Seperti perkongsian invidu ini di Twitter, tangan suaminya tiba-tiba membengkak selepas digigit seekor kucing liar.

Gigitan kucing bahaya

kucing

kucingMenceritakan secara ringkas, mereka pada awalnya mula mengambil seekor kucing terbiar untuk dijadikan haiwan peliharaan. Kucing tersebut belum sempat disuntik vaksin ekoran perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan.

BACA: Kucing Kencing Merata, Mencakar Bukan Sekadar Tanda Cemburu, Ini Mungkin Puncanya

Difahamkan, kucing tersebut suka ‘bermain’ kasar dengan cara menggigit. Keesokan harinya badan suami sedikit panas dan tidak bermaya. Kawasan gigitan di tangan mula berdenyut-denyut dan meradang.

Mereka ke klinik kesihatan terdekat dan diberikan antibiotik namun bengkak masih tidak surut malah bertambah teruk.

Terpaksa dibedah

kucing kucing kucing

Tidak tahan rasa sakit, pasangan ini bergegas ke jabatan kecemasan dan suami ditahan wad disebabkan jangkitan kuman yang serius. Selepas pembedahan, doktor memaklumkan banyak tisu sudah mati dan terpaksa membuangnya.

kucing

Wanita ini menegaskan jangkitan kuman akibat gigitan kucing adalah sangat bahaya dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil mudah. Malah, sebenarnya ramai juga pernah mengalami pengalaman yang serupa.

Pengalaman serupa digigit/dicakar kucing

kucing kucing

Sumber : Anis Khalidi

You might also like
1 Comment
  1. […] BACA: Akibat Gigitan Kucing Liar, Tangan Terpaksa Dibedah Untuk Buang Tisu Rosak! […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.