Home All Petua Anak Ibu Bapa Perlu Ajar Anak Lelaki Supaya Jangan Buat 5 Benda Ni...

Ibu Bapa Perlu Ajar Anak Lelaki Supaya Jangan Buat 5 Benda Ni Pada Golongan Perempuan

876
0
Ibu Bapa Perlu Ajar Anak Lelaki Supaya Jangan Buat 5 Benda Ni Pada Golongan Perempuan

Ibu Bapa Perlu Ajar Anak Lelaki Supaya Jangan Buat 5 Benda Ni Pada Golongan Perempuan | Tidak dinafikan, proses membesarkan dan mendidik anak bukanlah sebuah perkara yang mudah untuk dilakukan.

Setiap anak memiliki sifat mereka tersendiri yang perlu difahami oleh kedua ibu bapa agar tidak terlepas pandang dengan kebutuhan mereka.

Membesarkan dan mendidik anak sama ada lelaki dan perempuan mempunyai cara dan cabaran berbeza yang perlu dilakukan oleh ibu bapa.

Walaubagaimanapun, anak merupakan amanah dari Allah SWT yang perlu dijaga dan didik sebaiknya oleh ibu bapa agar menjadi insan yang berguna.

Selain dari ilmu yang dipelajari di sekolah, anak-anak juga perlu dididik dengan ilmu pengetahuan yang lain seperti adab, etika dan sebagainya.

Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan anak mereka terdedah dengan pengetahuan am yang pastinya boleh dipelajari dari rumah.

Entri kali ini akan berkongsi penulisan daripada Dr Taufiq Razif yang membicarakan tentang antara perkara yang ibu bapa wajib ajar kepada anak lelaki supaya tidak dibuat pada orang perempuan.

Mari ikuti perkongsian ini dan semoga bermanfaat.

anak lelaki

BACA JUGA: Emosi Anak Lelaki Lebih Ringkas, Ibu Perlu Tahu Ilmu Ni!

Jangan sentuh sembarangan

Ajar anak lelaki kita jangan sentuh perempuan yang bukan mahramnya.

Selama ni kita asyik ajar anak perempuan je supaya jerit dan lari jauh jauh kalau ada orang lain nak sentuh bibir, dada, fajar, punggung dan dubur tapi pernah tak kita ajar anak lelaki supaya jangan sentuh 4 titik tubuh ni terutamanya tubuh kawan perempuan dan sepupu sepupunya?

Juga tak boleh menyentuh, pegang, raba 4 private part pada sama jantina juga. Pada adik lelaki, kawan-kawan lelaki, sepupu-sepupu lelaki, pada anak sedara lelaki dan lain-lain.

Jangan Tabur Janji Sembarangan

Ajar kita supaya jangan berbohong dan tabur janji manis pada orang lain terutamanya perempuan

Kelebihan anak lelaki ni mulutnya sangat manis dan dia pandai memanipulasi emosi perempuan dengan suaranya dan percakapannya

Tu la kenapa kalau hukum anak tu kena berpada pada. Berbohong adalah salah satu mekanisma pertahanan diri. Anak mesti akan berbohong kalau nak lepaskan diri daripada hukuman yang keterlaluan. Dari situlah banyak lahirnya sifat terbiasa berbohong pada diri anak kita.

Jangan Tengok Sembarangan

Anak lelaki ni tinggi hormon Testosterone-nya. Tu lah kenapa anak lelaki lebih cepat teransang kalau melihat benda-benda yang terbuka auratnya walau sekecil kecil benda

Ajar anak kita tunduk pandangan dan tutup mata kalau ada iklan tak senonoh muncul masa tengah main game atau masa tengah tengok TV

Anak perempuan ni lemah telinganya kalau dipujuk rayu dan digoda tetapi anak lelaki ni kelemahan terbesar mereka adalah pada matanya!

Jangan Berkasar Pada Perempuan

Fizikal anak lelaki memang dicipta lebih kuat dan lebih tangkas daripada anak perempuan

Anak lelaki mempunyai otot yang lebih padat disebabkan oleh ‘testosterone-induced muscular hypertrophy’. Tulang,tendon dan ligament anak lelaki pun lebih kuat.

Kita kena bagitahu anak lelaki yang mereka ni sebenarnya dilahirkan untuk melindungi, bukannya menindas adik beradik perempuannya.

anak lelaki

Jangan bebankan kerja rumah pada adik beradik perempuan

Bab kerja rumah sama je lelaki ke perempuan. Tak ada istilah lelaki itu raja, perempuan itu hamba

Kita juga kena ajar lelaki untuk menjadi pemimpin rumahtangga dan sama-sama membantu orang di bawah jagaannya

Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang memahami dan empati dengan keperitan pasangan

Kita taknak anak kita jadi BOS RUMAHTANGGA, kita nak anak kita jadi PEMIMPIN YANG DICINTAI SELURUH AHLI KELUARGANYA

p/s : Benda ni sangat penting tapi saya rasa masih ramai mak ayah di luar sana yang belum tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here