Jangan Terus Buang Air Yang Dimasuki Semut! Inilah Hukum Kita Minum Air Yang Ada Semut

Ingat tak dulu masa kecil bila kita terminum air yang dah dimasuki semut, orang tua akan marah kerana dikhuatiri kita akan jadi bodoh kerana minum air masuk semut.

Tapi semut tu bodoh ke? Semut lebih bijak dari serangga lain sebenarnya. Apapun jom la kita tanya ustaz yang lebih mengetahui apa hukum minuman yang dimasuki semut dari pandangan Islam.

Soalan: Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?

Jawapan:

Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:

1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati

Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.hukum minum air masuk semut, air masuk semut, cara minum air masuk semut, air dimasuki semut, buang air masuk semut

2) Semut masuk dalam keadaan hidup

Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.

Wallahua’lam

Untuk penerangan lebih lanjut boleh tengok video dari Ustaz Azhar Idrus: Hukum Minum Air Yang Ada Semut

Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada diriku dan juga para pembaca. Salam, sekian terima kasih.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

six − two =