Air Kencing Berbuih Petanda Sakit Buah Pinggang? Sila Check Segera

“Salam doctor, baru-baru ini saya perasan bahawa air kencing saya berbuih di mangkuk tandas. Ia ada sedikit berbau dan warnanya agak pekat. Adakah ia tanda berbahaya? Untuk pengetahuan doctor saya kerap ke Gymansium dan sekarang mengamalkan suplemen minuman berprotein tinggi. Mohon pencerahan”

Penjelasan:

Air kencing terhasil dari proses yang berlaku dalam ginjal, di mana air akan ditapis dari saluran darah yang melalui ginjal dan kemudiannya dikumpulkan ke dalam ruang takungan di dalamnya. Semasa penapisan ini, banyak bahan-bahan toksik yang dibuang.

Jika kandungan toksik dalam air kencing terlalu banyak, ia akan menyebabkan perubahan pada fizikal air kencing. Antaranya terdapat buih pada air kencing yang kelihatan apabila seseorang itu mengeluarkannya pada takungan atau mangkuk tandas.

Buih dalam air kencing boleh jadi normal dan ada kalanya ia menandakan ada sesuatu yang tidak normal dalam tubuh seorang individu.

masalah air kencing berbuih, punca air kencing berbuih, air kencing berbuih masalah buah pinggang, protein dalam sarah, masalah protein dalam air kencing

Buih dalam air kencing yang normal

Kehadiran buih dalam air kencing tidak semestinya menandakan seseorang itu mengalami masalah kesihatan. Ada kalanya, situasi begini adalah normal. Antaranya:

1. Ketika hamil

Semasa hamil, sesetengah wanita mengalami pembesaran saiz saluran darah. Ini menyebabkan lebih banyak protein yang selalunya tidak dapat melepasi penapisan, telah berjaya keluar masuk ke dalam air kencing. Namun begitu kandungan protein dalam air kencing bagi wanita hamil sangat minima. Jika terdapat banyak protein dalam air kencing, ia mungkin menandakan wanita hamil itu mengalami komplikasi kehamilan. Protein dalam air kencing boleh menyebabkan air kencing berbuih.

2. Ketika dehidrasi

Semasa dehidrasi, air kencing menjadi lebih pekat dan mudah berbuih.

3. Mengambil minuman/makanan berprotein tinggi.

Proteinuria bermakna terdapat protein dalam air kencing. Ia boleh berlaku apabila seorang individu mengambil sejumlah besar protein yang terdapat dalam minuman berprotein tinggi untuk membesarkan otot atau meningkatkan berat badan. Apabila beliau tidak mengambil lagi minuman atau makanan tambahan berprotein tinggi itu, air kencing tidak lagi mengandungi protein.

Air kencing berbuih yang tidak normal

Ada kalanya buih dalam air kencing menunjukkan seseorang individu itu mengalami masalah kesihatan atau penyakit yang mungkin beliau tidak sedari. Apabila terdapat protein dalam air kencing, boleh disebabkan oleh dua perkara:

Pertama, pengambilan protein secara berlebihan sama ada dari suplemen minuman/makanan berprotein tinggi atau terlalu banyak mengambil daging dan produk tenusu dalam makanan. Apabila protein diambil dalam jumlah yang berlebihan, buah pinggang tidak mampu menyekat protein yang keluar masuk ke dalam air kencing. Ini menyebabkan terdapat pretein dalam air kencing. Selalu kuantitinya minima dan air kencing bebas dari protein apabila pengambilan protein yang berlebihan ini dihentikan.

Kedua, individu tersebut mula mengalami masalah buah pinggang. Biasanya, apabila darah melalui buah pinggang individu yang sihat, semua bahan toksin dan bahan buangan dikeluarkan ke dalam air kencing.

Walau bagaimanapun, pada individu yang mempunyai penyakit buah pinggang atau fungsi buah pinggang yang tidak normal, proses penapisan tidak dapat dilakukan dengan sempurna, menyebabkan protein dari darah, dapat melepasi penapisan dan masukkan ke dalam untuk air kencing.

Oleh itu buih dalam air kencing adalah sesuatu yang agak agak serius jika individu itu bukan wanita hamil, tidak dalam keadaan dehidrasi, tidak mengambil suplemen minuman/makanan berprotein tinggi atau tidak memakan makanan yang mempunyai banyak daging atau produk tenusu.

Pasti segelintir daripada kita belum pernah mendengar tentang protein dalam air kencing atau dalam bahasa kesihatannya disebut sebagai ‘Proteinuria’. Buah pinggang yang sihat mengeluarkan lebihan cecair dan bahan buangan dari darah, tetapi tetap membiarkan protein dan nutrien penting melaluinya dan kembali semula ke aliran darah.

Apabila buah pinggang tidak berfungsi seperti biasa, ia boleh mengakibatkan protein (albumin) bocor dari tapisannya dan dikeluarkan melalui urin atau air kencing. Air kencing yang mengandungi protein dipanggil proteinuria atau albuminuria. Mempunyai protein dalam air kencing boleh menjadi tanda awal penyakit buah pinggang.

Sesiapa sahaja boleh mengalami protein dalam air kencing ini dan yang lebih mempunyai risiko ialah mereka yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan buah pinggang seperti kencing manis (diabetes), tekanan darah tinggi dan sejarah keluarga atau ada faktor genetik sakit buah pinggang dalam keturunan keluarga.

Cara untuk kita mengetahui adanya protein dalam air kencing kita mudah sahaja. Di peringkat awal masalah buah pinggang, kandungan protein dalam air kencing masih sedikit dan kita tidak akan dapat mengesan apa-apa gejala. Satu-satunya cara untuk mengetahui dengan tepat terdapat protein dalam air kencing adalah dengan melakukan ujian air kencing.

masalah air kencing berbuih, punca air kencing berbuih, air kencing berbuih masalah buah pinggang, protein dalam sarah, masalah protein dalam air kencing

Ujian untuk protein dalam air kencing mengukur jumlah albumin dalam air kencing, berbanding jumlah kreatinin dalam air kencing anda. Ini dipanggil nisbah albumin dan kreatinin dalam air kencing (UACR). UACR lebih daripada 30 mg boleh menjadi tanda penyakit buah pinggang.

Apabila masalah kerosakkan buah pinggang semakin teruk, semakin banyak kandungan protein alam air kencing dan kita mula menyedari tanda-tanda seperti air kencing berbuih dan bengkak atau sembab pada tangan, kaki, perut dan muka. Sekiranya menyedari tanda-tanda ini, segeralah berjumpa doktor atau pakar kesihatan untuk berbincang cara menangani dan rawatan yang sesuai.

Ada beberapa cara untuk merawat Proteinuria yang disyorkan oleh pakar kesihatan. Sekiranya anda menghidap diabetes atau tekanan darah tinggi perkara palin utama adalah mengawal penyakit terlebih dahulu.

Air kencing berbuih bagi individu yang ada masalah kesihatan

Selain dari tanda kerosakan buah pinggang, buih dalam air kencing juga boleh menandakan beberapa penyakit lain. Antaranya:

1. Jangkitan saluran kencing

Jangkitan kuman pada pundi dan saluran kencing (dikenali sebagai kencing kotor) juga boleh menyebabkan menyebabkan air kencing berbuih. Ini kerana kuman yang berada ke dalam pundi dan saluran kencing, melepaskan gas, yang menyebabkan buih.

Antara tanda kencing kotor adalah air kencing berbuih semasa membuang air kecil, dengan sakit atau pedih terbakar. Pemeriksaan air kencing akan memastikan sama ada ia disebabkan oleh jangkitan kuman atau disebabkan oleh masalah penyakit lain.

2. Vesicocolic Fistula

Fistula adalah sambungan antara dua organ yang tidak normal. Antara fistula yang biasa berlaku di kalangan lelaki adalah vesicocolic fistula, iaitu sambungan antara pundi kencing dan usus besar. Ia akan menyebabkan najis dan udara dari usus besar masuk ke dalam pundi kencing, dan apabila ia dikeluar sebagai air kencing, ia akan berbuih.

Kesimpulan

Jika seorang individu itu melihat buih dalam air kencing dalam masa atau keadaan tertentu, atau ia berlaku hanya sesekali, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Walau bagaimanapun, jika melihat air kencing kerap buih atau setiap kali kencing, akan melihat buih dalam takungan tandas bersama air kencing, saya mencadangkan agar melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut.

Ia mungkin menandakan beliau mula mengalami masalah kerosakan buah pinggang (ginjal).

BACA JUGA: Kenapa Perlu Kenali Warna Air Kencing Anda?

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

2 × two =