Air Carbo Blocker Ini Petua Dari Thailand, Mujarab Untuk Kempiskan Perut & Cantikkan Kulit

Perkongsian air carbo blocker dari Eiscya Isa ini membantu mak-mak kempiskan perut dan mengatasi masalah perut buncit. Masalah perut buncit ini sememangnya boleh buat mak-mak dalam dilema yang tak berkesudahan. Sebab apa, orang akan asyik sangkakan mak-mak ini mengandung. Puaslah nanti nak menjawab pertanyaan orang.

Satu hal lagi, nak hilangkan perut buncit ini bukan senang tau. Lagi-lagi mak yang bersalin caesarean. Kalau dah langgar pantang minum ais sebelum lepas tempoh berpantang 2 tahun itu, memang susahlah nak kempis macam sebelum-sebelumnya.

Kata Eiscya, “Perut macam PREGNANT 9 BULAN dah takda dengan amalkan minum Air Miss Kerengga atau Eiscya panggil air carbo blocker. Nak tau kenapa? Baca dekat bawah k.

Eiscya tahu ramai yang ada masalah pregnant tapi bersalinnya idok a.k.a perut buncit lah kan. Jangan risau. Ni la jalan penyelesaiannya.

Air ni sememangnya akan membuatkan lelamak anda menangis Dan juga menyebabkan anda terpaksa beli baju baru sebab nanti semua baju mak-mak longgar.

So raya ni boleh lah korang semua jadi miss kerengga.

Ini merupakan petua yang diperturunkan pyoor dari Thailand. Kalau mak-mak perasan tengok badan wanita Thailand rata-rata cikeding kurus, kulit pun cantik je kan?

Salah satu rahsia diorang ada lah air ni la. Air yang kekalkan badan diorang kurus dan kulit yang cantik.

Bahan-bahan Air Carbo Blocker

  • Asam gelugur (5 ke 8 keping) / Eiscya Guna sikit sebab asam habis malas nak pi beli.
  • Gula melaka
  • Daun pandan(simpul atau koyakkan )
  • Air 4 gelas

minuman kempiskan perut, petua kempiskan perut, cara kempiskan perut, petua kecantikan perut, cantikkan perut, perut kempis

Amalkan minum sebelum makan. Minum suam-suam atau sejuk. Yang suam lebih bagus

Ini Sebab Dipanggil Air Carbo Blocker

Khasiat Asam Gelugur

Mengandungi pelbagai vitamin, mineral serta sebatian penting seperti:

  • hydroxyl citric acid (HCA),
  • Serat
  • hidroksi sitrik
  • flavonoid
  • asid askorbat(cantikan kulit)
  • asid tartarat

minuman kempiskan perut, petua kempiskan perut, cara kempiskan perut, petua kecantikan perut, cantikkan perut, perut kempisSemua kandungan tersebut sangat bermanfaat untuk mencantikan kulit dan untuk menurunkan berat badan. Kandungan HCA yang tinggi pada asam gelugur dapat membantu mengurangkan nafsu makan serta mencegah pembentukan lemak dari penghasilan gula dari karbo yang diambil dalam makanan.

Maksudnye kalau mak-mak minum air ni, badan takkan serap lemak degil atau lemak degil takkan buat meeting dalam badan. Itu dalam bahasa mudahnyer. Best kan? Makan tapi lemak degil tak stay. Haa sebab tu Eiscya panggil as air carbo blocker.. dah clear?

minuman kempiskan perut, petua kempiskan perut, cara kempiskan perut, petua kecantikan perut, cantikkan perut, perut kempis

Manfaat Gula Melaka

  • mngandungi pelbagai vitamin Dan bagus untuk antioksidan.
  • Rendah glisemik indeks

Daun Pandan

  • hilangkan bau badan
  • anti oksidan
  • menghilangkan lenguh2 badan

Nota : Ingat! Kalau nak cantik, nak kurus, mak-mak mesti makan the real food. Bukan fast food.

Sumber/Foto : Eiscya Isa

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment