Malunya Bila Ada Masalah Bau Badan, Selesai Segera Dengan 4 Cara Ni

Malunya Bila Ada Masalah Bau Badan, Selesai Segera Dengan 4 Cara Ni | Masalah bau badan bukan sahaja dialami golongan lelaki yang selalunya kerap berpeluh, tapi wanita juga mengalaminya nak pula yang sudah berumah tangga memang sangat sibuk hingga terlupa menjaga hal-hal sebegini.

Kebiasaannya apabila lelaki ada masalah bau badan mereka lebih bersikap terbuka bila ditegur. Tetapi bagi wanita ianya merupakan satu perasaan malu yang besar nak pula bila yang menegur tu kaum lelaki, lebih sadis lagi suami sendiri.

Ditegur suami kerana masalah bau badan mungkin satu igauan ngeri buat semua wanita bergelar isteri. Kalau boleh sebaiknya jauhkanlah kata-kata tidak sedap didengar macam ni daripada suami. Rasa down yang amat sangat. Betul tak?

Sebelum suami buka mulut menegur atau kawan sebelah pun dah rasa tak selesa, apa kata ada baiknya anda mencuba petua yang disediakan ini. Wangi bukan hanya untuk suami, kita pun akan lebih yakin kalau sentiasa rasa wangi dan segar.

Masalah bau badan berlaku bukan hanya disebabkan oleh peluh semata-mata. Bau yang timbul ini sebenarnya diolah daripada bakteria dan virus yang membiak dengan baik sehingga mengeluarkan sejenis bau yang kurang enak.

Kombinasi antara bakteria dan peluhlah yang menyebabkan bau-bauan yang membuatkan anda tidak selesa sehingga ada yang mula menjauhkan diri tanpa sedar.masalah badan berbau, bau badan, isteri berbau peluh, hilangkan bau badan isteri, petua hilangkan bau badan

Macam mana nak atasi masalah bau badan menggunakan kaedah tradisional dan menjimatkan? Ada baiknya anda cuba langkah ini!

4 Petua Hilangkan Bau Badan Secara Semulajadi

1. Guna Daun Sirih
Daun sirih antara tumbuhan yang dapat menghilangkan bau badan. Menurut petua sesetengah pihak, daun sirih yang diramas dengan campuran tawas kemudiannya diletakkan dibahagian-bahagian tubuh yang cenderung untuk berbau seperti ketiak, celahan paha dan juga bahagain tubuh lain dapat menghilangkan masalah bau badan ini.

2. Mandian Susu
Selain itu, mandi susu juga dapat memulihkan masalah bau badan. Rawatan dengan susu yang dikombinasikan dengan campuran susu soya, susu kambing, madu dan juga aromaterapi memberi impak segar dan harum kepada tubuh. Berendamlah selama 15 hingga 20 minit, sekali setiap minggu. Lama kelamaan masalah bau badan anda akan dapat dikurangkan.

3. Ratakan Timun
Timun juga dikatakan dapat menghilangkan masalah bau badan. Potong timun kepada beberapa kepingan kecil kemudian gosok dan jadikan sabun ketika mandi. Ratakan keseluruh tubuh kemudian barulah dibilas dengan air bersih.

4. Air Cengkih
Bunga cengkih yang kita gunakan sebagai tumisan boleh juga dijadikan sebagai pengubat menghilangkan bau badan. Rendam dalam air panas, suamkan dan kemudian minum airnya. Amalkan.

BACA JUGA: 7 Mitos Makanan Yang Merbahayakan Tubuh Badan Sebenarnya Berkhasiat

Dalam apa jenis keadaan dan cara rawatan sekalipun, pastikan anda melakukan penjagaan diri yang tepat dan munasabah. Tip di bawah ni akan kena buat untuk elakkan badan berbau.

  1. Usahlah memakai pakaian yang berulang kali tanpa dibasuh. Ini untuk mengelakkan bakteria yang terlekat dipakaian kembali ke tubuh gara-gara pakaian yang tidak dibasuh.
  2. Pastikan mandi diatur dengan baik. Sebaik berpeluh, mandi dan bertukarlah kepada pakaian yang baru.
  3. Amalkan penjagaan diri yang bersih dan terpelihara.
  4. Jangan kerap makan makanan jenis berbau seperti bawang besar yang meninggalkan bau badan kurang enak.
  5. Jika anda jenis berpeluh, bijaklah dalam memilih fabrik. Fabrik cotton yang lembut amat disarankan.

Bagaimana Perpeluhan Berlaku?

Peluh terjadi daripada lapisan kulit kasar yang mengalami proses pengelupasan atau sel kulit mati. Sel kulit mati ini pula datangnya daripada lapisan epidermis yang mengandungi sekitar 2.4 juta kelenjar. Ia akan berlaku dalam kepelbagaian kadar kepekatan pada daerah badan yang berbeza secara purata pada 1500 hingga 3000 sentimeter.

Kelenjar peluh berada pada kawasan-kawasan yang mempunyai daya kepekatan yang tinggi biasanya pada sekitar tapak tangan, tapak kaki sebaliknya bukan pada permukaan halus pada bibir.

Kelenjar peluh yang terdiri daripada lingkaran tiub yang berbentuk saluran yang bersambung pada hujung liang roma. Dinding tiub meliputi sel-sel yang mana air dan garam berkumpul dari saluran darah dan keluar dari salur yang khusus.

Perpeluhan atau keringat normal adalah penting untuk menjaga suhu badan. Perpeluhan adalah mekanisme pengatur suhu tubuh, penting bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga untuk kecantikan.

BACA JUGA: Petua Mudah Hilangkan Jerawat Pasir Di Muka, Belum Ramai Tahu Boleh Buat Di Rumah Jer..

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

five × 5 =