9 Warna Hingus Yang Dapat Memberitahu Tahap Kesihatan Anda

Terdapat beberapa sebab mengapa adalah amat penting bagi seorang pengamal perubatan mencari simptom yang betul dan tepat supaya dengan itu mereka akan dapat mengenal pasti punca penyakit dan membuat satu diagnosis. Terutama sekali apabila kita mengalami batuk dan selsema.

Sebenarnya, melalui hingus atau lendir dalam hidung, anda boleh mengetahui tahap kesihatan yang sedang dialami. Sama ada ia pekat, jernih atau busuk, semuanya berkaitan dengan warna dan kelikatannya.

Dengan memeriksanya, anda boleh mengetahui apa yang tidak kena dengan kesihatan sendiri. Dibawah adalah 9 jenis warna hingus atau lendir dalam hidung berbeza yang boleh memberitahu tahap kesihatan anda.

Semak 9 Jenis Hingus Supaya Anda Faham Tahap Kesihatan

#1. Jernih dan mengalir

hingus

Sekiranya mukus di dalam hidung anda berwarna jernih dan sentiasa mengalir, anda tidak perlu bimbang. Ini bermakna anda seorang yang sihat.

Jenis hingus seperti ini sebenarnya membantu anda membuang habuk dan bahan tercemar yang memasuki ruang pernafasan. Dan ia mengandungi antibodi serta protein yang boleh melawan bakteria dan virus.

#2. Jernih dan pekat

hingus

Dikenali juga sebagai hingus pekat, ia dipercayai sebagai tanda alahan yang kronik. Ia bukan sahaja akan menutup lubang hidung anda, tetapi juga mampu meluka dan membengkakkan tisu hidung anda. Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat kesihatan dan rawatan.

#3. Putih

hingus

Ini adalah warna biasa lendir yang keluar dari hidung apabila anda mendapat demam selsema. Warna putih itu menandakan kelembapan telah hilang di dalam hidung anda, menjadikan warna mukus menjadi sama ada putih atau kelabu jernih.

#4. Kuning

hingus

Sekiranya warna hingus anda berwarna kuning, anda dinasihatkan supaya meminum banyak air dan mendapatkan rehat yang cukup. Ini adalah petanda biasa kepada demam selsema.

Warna kuning lendir dalam hidung menandakan sel darah putih telah mati kerana sedang melawan virus yang sedang menyerang. Apabila ia telah selesai menjalankan tugas, ia beralih dan berakhir dalam mukus anda.

#5. Hijau

hingus

Lendir pekat atau hingus hijau adalah sekutu yang baik melawan demam selsema dan batuk. Ia adalah petanda yang sistem imun anda telah menjalankan tugas dengan baik dalam menangkis sebarang jangkitan.

Namun begitu, simptom ini hanya akan berakhir dalam masa 8 hingga 10 hari, dan sekiranya ia berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor. Kemungkinan anda telah mengalami jangkitan bakteria.

#6. Merah jambu atau merah

hingus

Mempunyai hingus berwarna merah jambu adalah petanda yang tidak baik. Ini bermakna sama ada anda telah tercedera atau diri telah menghembus hidung dengan begitu kuat.

Terdapat juga kes di mana pengaliran darah di dalam hidung yang tidak berhenti, yang boleh mengancam nyawa. Anda dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera.

#7. Coklat

hingus

Hingus berwarna coklat terjadi apabila darah lama yang telah mengalir di dalam sistem badan anda menemui jalan keluar melalui hidung dan mula mengering. Ia juga berkemungkinan anda telah terhidu atau tertelan debu atau tanah yang sebenarnya jarang berlaku.

#8. Hampir hitam

hingus

Melainkan anda menghisap rokok atau ganja, hingus atau lendir di dalam hidung yang berwarna hampir hitam menandakan jangkitan fungus di dalam sistem badan anda. Ini bermakna anda perlu mendapatkan nasihat kesihatan dan berjumpa doktor dengan segera.

#9. Melekit, busuk dan tidak berwarna

hingus

Mempunyai lendir di dalam hidung atau hingus yang melekit, busuk dan tidak berwarna adalah satu tanda di mana anda mempunyai masalah sinus yang kronik. Peningkatan tahap mukus berlaku berikutan tisu hidung dan tekak yang membengkak dan luka secara berterusan.

Anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor bagi mengatasi masalah ini, terutama apabila pengambilan antibiotik atau rawatan biasa telah gagal memulihkannya.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

4 × two =