Inilah 8 Petua Melembutkan Ayam Pencen, Isi Lembut & Mudah Di Makan

Berapa Ramai Yang Tahu Cara Melembutkan Daging Ayam Pencen? Inilah 8 Petua Melembutkan Ayam Pencen, Isi Lembut & Mudah Di Makan.

AYAM PENCEN atau AYAM TELUR TUA merupakan satu istilah yang diberikan kepada jualan ayam telur yang telah tidak produktif lagi untuk menghasilkan telur dan disembelih untuk dagingnya.

Ayam telur merupakan jenis ayam yang diternak untuk menghasilkan telur ayam dan mempunyai sistem menternak yang berbeza dengan ayam daging. Kalau menternak ayam daging memang jelas untuk menghasilkan daging ayam segar dalam tempoh singkat iaitu diantara 35 – 40 hari sahaja.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Ayam Telur selalunya hanya bertelur secara aktif mulai daripada minggu ke 22 hingga minggu ke 74. Selepas itu pengeluaran mulai menurun kerana ia sudah penat dan umurnya sudah tua atau kita mudah katakan sebagai ayam sudah masuk umur ‘pencen’ daripada bertelur.

Ayam tersebut akan di takai (disembelih) dan dijual sebagai ayam tua atau istilah popular ‘ayam pencen’ dengan harga pasaran sekitar RM8.00 – RM10.00 seekor (setelah diproses) bergantung kepada lokasi, umur ayam dan pembekalan.

Ayam pencen yang sudah disembelih dan dibuang bulunya sebelum dibakar kulitnya (kerana banyak bulu-bulu jarum yang agak sukar dicabut dengan tangan – maklumlah ayam pencen!).

Biasanya kalau nak kenduri atau musim perayaan ayam tua atau biasa kita panggil ayam pencen tetap menjadi pilihan dan ada peminatnya.

Jangan tak percaya kalau di musim perayaan seperti Hari Raya ayam pencen ni lebih laku keras dari ayam biasa. Ini kerana golongan lebih berusia memang menggemari menu seperti rendang ayam pencen.

Memasak ayam pencen ini cabarannya agak getir sedikit sebab sedia maklum ayam dah pencen ni memang ototnya sudah keras jadi isinya juga liat jika kita tidak masak mengikut petua yang sepatutnya.

Malahan bukan semua menu ayam boleh gunakan ayam pencen ni, biasanya menu paling mudah ialah sup ayam pencen kerana ianya direneh lebih lama.

Sebab itulah yang suka memasak resepi ayam pencen ni biasanya golongan lebih berusia yang lebih bersabar dan tahu cara untuk melembutkan ayam pencen dan isinya.

Tidak di nafikan golongan muda juga ada yang memilih untuk makan ayam pencen kerana dari segi kesihatan ayam pencen ini dibela secara organik jadi ianya tidak melibatkan sebarang makanan yang mengandungi kimia ataupun dicucuk untuk cepat gemuk.

melembutkan ayam pencen, petua lembutkan ayam pencen, petua lembutkan ayam tua, resepi ayam pencen, resepi ayam tua,

Disini kami kongsikan 8 cara melembutkan daging ayam pencen ini, bila dah lembut rasanya memang lebih sedap dan nak makan pun mudah.

8 Cara melembutkan ayam pencen.

Petua 1

  • Tumbuk setengah sudu teh lada hitam bersama dengan sedikit halia
  • masukkan ke dalam periuk bersama ayam pencen dan air untuk direbus
  • Rebus hingga lembut
  • Kemudian keluarkan ayam, cuci bersih, lumurkan tepung beras dan goreng.

Petua 2

  • Masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk ketika merebus ayam pencen.
  • Pasti ayam akan cepat empuk.

Petua 3

  • Masukkan seruas tebu ke dalam periuk ketika memasak ayam pencen.
  • Pasti ayam akan cepat empuk.

Petua 4

  • Bungkus satu sudu besar biji selasih dengan kain kasa
  • masukkan ke dalam periuk ketika memasak ayam pencen
  • Pasti ayam akan cepat empuk.

Petua 5

  • Masukkan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk ketika memasak ayam pencen.
  • Pasti ayam akan cepat empuk.

Petua 6

  • Potong ayam pencen kepada beberapa bahagian.
  • Rebuskan bersama air kelapa sehingga empuk.
  • Toskan airnya dan boleh dimasak seperti biasa.

Petua 7

  • Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (warna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam pencen.
  • Keluarkan apabila ayam telah empuk.

Petua 8

  • kisar sepotong buah nanas.
  • Lumurkan pada ayam pencen dan perap selama setengah jam.
  • Bersihkan dan masak ayam seperti biasa.

Semoga perkongsian cara melembutkan ayam pencen ini bermanfaat dan kalau ada ibu bapa atau mertua yang nak rasa makanan ayam pencen hasil air tangan anda tak perlu lah segan kerana anda boleh mencuba salah satu cara diatas bagi memastikan masakan anda di puji.

BACA JUGA: Inilah 5 Tip Membantu Anda Memilih Ayam Segar Di Pasar

Jika anda suka dengan artikel cara melembutkan ayam pencen ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

five × 2 =