Cuba 8 Cara Halau Lipas Ni, Kalau Anda Rajin Mengemas Tapi Masih Ada Lipas Di Rumah!

Cuba 8 Cara Halau Lipas Ni, Kalau Anda Rajin Mengemas Tapi Masih Ada Lipas Di Rumah! | Ramai geli lipas, tapi tau cara halau lipas? Lipas merupakan salah satu serangga yang paling menggelikan di dunia sebab tu ramai akan halau lipas sejurus ia kelihatan.

Ada pelbagai cara halau lipas ni tapi sebelum tu kena tahu punca kenapa rumah anda jadi perumah kepada lipas.

Lipas sememangnya sukar untuk dihapuskan memandangkan keupayaannya untuk hidup di dalam sebarang suasana dan mampu untuk memakan apa jua sumber makanan seperti sisa sampah.

Malah, para saintis turut berpendapat bahawa serangga ini merupakan serangga yang paling lama wujud di dunia, ditemui kira-kira 320 juta tahun yang lalu. Hal ini membawa maksud lipas sudah pun hidup di dunia sebelum kemunculan dinosaur.

Sementara lipas dikenali sebagai haiwan yang gemarkan persekitaran kotor, kita pasti pernah terserempak dengan beberapa ekor lipas di dalam rumah kita walaupun keadaan rumah diyakini bersih.

Malah pelbagai cara sudah dibuat kekadang kita naik pening memikir bagaimana cara halau lipas paling berkesan.

Puncanya adalah kerana serangga ini hanya memerlukan tiga keperluan asas untuk meneruskan hidup iaitu makanan, air dan juga tempat perlindungan. Tambahan pula, lipas adalah serangga nokturnal dan cenderung untuk bersembunyi di kawasan yang gelap dan sempit.

Di samping itu, lipas turut membawa pelbagai jenis bakteria, virus dan parasit pada badan mereka. Kesemua kuman ini boleh merebak di sekitar kawasan rumah dan mengakibatkan kesan sampingan seperti alergi dan pelbagai penyakit lain.

BACA JUGA :: Cara Mudah Mengusir Tikus, Lipas Dan Semut Dengan Kulit Telur

Justeru, bagi mengelakkan rumah anda daripada menjadi pusat penginapan lipas, ini cara halau lipas yang terbaik:

1. Pastikan rumah anda bebas dari sisa makanan.

Sisa makanan yang berada di atas lantai, kesan minyak pada dapur dan pinggan mangkuk yang tidak dicuci serta dibiarkan di sinki pasti akan menarik perhatian lipas.

PENYELESAIANNYA: Pastikan persekitaran rumah anda kemas dan bersih setiap masa. Bersihkan sinki, lap meja makan dan dinding selepas memasak dan bersihkan lantai untuk membuang segala sisa makanan.cara halau lipas, jaga kebersihan rumah, jaga kebersihan dapur, elakkan lipas berumah, halau lipas, punca rumah ada lipas, sebab rumah ada lipas

2. Makanan yang terdedah

Makanan yang mengandungi gula seperti kek, air soda dan jus buah merupakan antara makanan kegemaran lipas. Selain itu, lipas turut menggemari makanan yang mempunyai bau yang kuat seperti daging, keju dan juga makanan kucing.

PENYELESAIANNYA: Jangan sesekali tinggalkan makanan terdedah lama. Adalah lebih baik jika anda menyimpan makanan di dalam bekas kedap udara.

3. Sampah yang terdedah.

Gabungan sisa makanan dan sampah yang busuk adalah sumber makanan sempurna buat si lipas. Malahan, lipas lebih gemarkan sampah yang berbau busuk berbanding makanan yang mempunyai bau kuat.

PENYELESAIANNYA: Pastikan anda menutup tong sampah dengan betul dan tidak membiarkan sampah terbiar lama di dalam rumah. Keluarkan sampah anda sekerap yang mungkin dan bersihkan sekitar kawasan tong sampah.

4. Perabot kayu, buku, kotak kadbod dan kertas.

Selain makanan manusia, lipas juga menganggap bahan organik seperti kayu reput, kertas dan kadbod sebagai sumber makanan.

PENYELESAIANNYA: Cara menghalau lipas paling best ialah jual sahaja kotak kadbod dan buku-buku lama serta perabot kayu yang tidak digunakan lagi (terutamanya yang mulai mereput).cara halau lipas, jaga kebersihan rumah, jaga kebersihan dapur, elakkan lipas berumah, halau lipas, punca rumah ada lipas, sebab rumah ada lipas

5. Halaman rumah yang terbiar dan tidak dijaga.

Rumah yang dipenuhi semak dianggap sebagai syurga makanan selain dijadikan sebagai kawasan tempat tinggal yang sempurna. Tanaman yang sudah mati dengan najis haiwan menjadi tarikan bagi serangga ini.

PENYELESAIANNYA: Pastikan halaman rumah anda sentiasa bersih dan tidak ditumbuhi lalang.

6. Paip bocor, lopak air, karpet basah, span dan pelbagai sumber kelembapan yang terbiar.

Sumber air seperti paip bocor, alat penghawa dingin dan kain basah yang tersorok di bawah dapur mampu menarik kehadiran lipas. Selain itu, lipas turut cenderung untuk meminum air di dalam mangkuk air binatang peliharaan, span basah, tikar pelapik di dapur dan bilik mandi serta lopak air sekitar sinki.

PENYELESAIANNYA: Segera baiki sebarang kemudahan yang bocor, lap kesan air di atas sinki, keringkan tikar pelapik yang lembap dan pastikan span basah tidak dibiarkan di atas sinki.

7. Peralatan elektronik.

Lipas gemar tinggal di dalam kawasan yang panas, lembap, gelap dan sempit seperti peti sejuk, ketuhar gelombang, alat pembakar roti, komputer, mesin pencetak dan sebagainya.

PENYELESAIANNYA: Letakkan ubat gegat di sekitar alat-alat ini selama seminggu bagi menghapuskan serangga dan ini juga cara halau lipas yang mudah.

8. Celahan dan rekahan kecil.

Kita ketahui lipas memang gemarkan kawasan yang gelap dan sempit. Sama ada di dalam kabinet, di bawah sinki, di dalam peralatan elektrik, di antara paip dan sebagainya menjadi kawasan kediaman bagi serangga kotor ini.

PENYELESAIANNYA: Sentiasa bersihkan kawasan yang berpotensi menjadi habitat bagi lipas dan tutup celahan serta rekahan pada dinding rumah anda bagi mengelakkan kemasukan lipas.

Sementara ada yang menggunakan daun pandan untuk menghalau lipas, bagaimana pula dengan anda? Kongsikan tips yang berguna di ruangan komen.

BACA JUGA :: 8 Amalan Harian yang Mengundang Penyakit Tanpa Kita Sedari

Nota lipas terbang : Apa pandangan anda tentang artikel cara halau lipas ni? Mohon kongsikan diruang komen fb atau komen blog dibawah. Sharekan petua ibu untuk manfaat rakan-rakan kesayangan anda 🙂

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

thirteen − 13 =