6 Trik Menjemur Pakaian Agar Cepat Kering & Tak Kepam

Bagi mereka yang tinggal di kawasan yang sukar untuk menjemur pakaian disebabkan oleh lindungan cahaya matahari oleh bangunan lain ataupun kurang kawasan menjemur pakaian, trik ini untuk korang!

Kekurangan kawasan menjemur pakaian bagi bujang boleh di terima lagi kerana jumlah pakaian tidak sebanyak mereka yang bekeluarga. Tetapi jika ruang menjemur kurang menerima cahaya matahari baju akan mengambil masa tempoh yang lama untuk kering.

Ketika hujan, basuhan akan lambat kering dan boleh membuat pakaian berbau hapak atau kepam. Disamping itu, keadaan yang lembab juga boleh menyebabkan timbulnya tahi lalat pada baju.

BACA: Apakah Hukum Menjual Pakaian Mengikut Bentuk Badan Si Pemakai?

Jadi, jom kita semak 6 cara untuk menjemur pakaian ketika musim hujan agar permasalahan tadi tidak berlaku.

1.GUNAKAN PEWANGI/ PELEMBUT PAKAIAN KETIKA MENCUCI
Ini adalah bagi memastikan baju tidak berbau busuk walaupun dalam keadaan lembab. Tuangkanlebih sedikit dari biasa, biar bau wangi ini melekat.

2.ASINGKAN PAKAIAN TEBAL DAN NIPIS
Sudah tentu pakaian yang lebih tebal akan mengambil masa yang lebih lama untuk kering, jadi seeloknya asingkan siap siap supaya mudah untuk diuruskan.

3.KIBAS PAKAIAN SUPAYA TIDAK RENYUK DAN BERLIPAT
Sejurus keluar dari mesin basuh, kibas pakaian sehelai demi sehelai. Ini bagi memastikan tiada bahagian yang terlipat. Kerana bahagian yang terlipat mungkin akan melambatkan proses pengeringan.menjemur pakaian

4.GUNAKAN PENYANGKUT BAJU/ HANGER
Lebih mudah jika gunakan hanger. Kemudian jarakkan ruang antara jemuran agar aliran udara mudah masuk untuk mengeringkan setiap helai jemuran.

5.SIDAI DI TEMPAT TERBUKA
Elakkan menyidai didalam tempat tertutup yang tiada aliran angin/ udara langsung. Kerana jika tiada aliran udara di tempat menyidai, basuhan akan lebih lambat kering.

6. MANFAATKAN KIPAS ANGIN
Tetapi jika tiada pilihan untuk tempat menjemur pakaian yang terbuka,boleh juga gunakan kipas angin sebagai alat membantu mengeringkan pakaian.

BACA: Inilah 3 Cara Hilangkan Kesan Warna Turun Pada Pakaian Lain, Tak Perlu Buang Baju Yang Dah Bercampur Warna.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

7 + four =