Inilah 6 Tip Tanam Kobis Dalam Pasu Yang Menjadi, Cuba Dulu Baru Tahu Mudah Sangat

Kobis, antara sayuran yang memerlukan jangka masa yang lama untuk di tuai. Kebiasaanya, kobis perlu di tanam 3-6 bulan untuk mendapatkan hasilnya. Namun, ramai yang mengalami masalah apabila kobis yang ditanam tidak membentuk.

Ini tip yang dikongsikan oleh Serum Transform Bunga untuk hasilkan kobis yang cantik dan menjadi. Acapkali ada teman yang tanam kobis dalam pasu tak berapa jadi.. Kan

Jom saya kongsikan 6 Tip Hapat Hasil Kobis Yang Besar & Segar

  1. JANGAN petik kelopak daun kobis. Ini boleh menyebabkan bola kobis gagal terbentuk dan pokok akan meninggi.
  2. Pindah dan TANAM semula apabila pokok kobis ini telah mula meninggi menampakkan batangnya. Penanaman semula ini perlulah pastikan batangnya nanti tertanam separuh ke dalam tanah.
  3. Gunakan pasu @ polibeg yang saiz BESAR. Memudahkan akar dapat bernafas dan lebih kukuh cengkaman pada media tanaman.
  4. Pastikan BIJI BENIH yang sesuai iaitu jenis tahan di kawasan tanah rendah. AUTUMN QUEEN boleh menjadi pilihan anda sesuai tahan cuaca panas.
  5. PENCAHAYAAN amat penting dan pastikan pokok kobis anda menerima cahaya optimum. Ini bagi membolehkan proses tumbesaran berlaku secara lengkap dan maksimum.
  6. Anda boleh letakkan naungan gunakan plastik ‘netting’ warna BIRU untuk memberikan biasan cahaya kepada pokok kobis untuk lebih cepat padat dan berat.

Seronok tengok di media sosial mereka yang menanam kobis dalam pasu. Nampak sihat-sihat dan paling best ia turut mencantikkan halaman.

Kalau anda berminat untuk mencuba boleh ikut langkah-langkah menanam kobis dalam pasu oleh Hariza Amrry.

BACA JUGA :: Cara Tanam Pokok Bendi Dalam Pasu Ni Memang Menjadi!

Langkah 1

Dapatkan anak benih–Beli di nurseri/online/pusat beli belah.

Langkah 2

Cambahkan biji benih– Untuk mula mencambahkan biji benih, sediakan satu dulang atau apa-apa bekas sesuai dan letakkan tanah. Masukkan biji benih dan tekan sedalam 1/2 inci. Tapi kalau tabur je pun insyaallah boleh hidup. Letak tempat teduh sikit tapi masih dapat cahaya matahari.

Langkah 3

Penyediaan tanah-Gunakan tanah yang kaya dengan kandungan nutrien organik. Tekstur tanah harus dalam keadaan yang polos dan tidak padat. Anda juga boleh menggunakan media campuran dengan nisbah 2:1:1 iaitu 2 bahagian tanah lom, 1 bahagian kompos dan 1 bahagian pasir sungai. Gaul media tersebut dan selesai. Saya pakai je tanah dibeli nurseri campur baja tahi ayam.

Langkah 4

Pindahkan anak semaian-Biarkan biji benih bercambah sekurang-kurangnya 2 – 3 helai daun pucuk (dalam 2 minggu) barulah anda pindahkan ke pasu atau bekas yang lebih besar dan sesuai mengandungi tanah yang disediakan di atas.
kobis

Langkah 5

Menanam- Jangan dedahkan pada matahari secara langsung selama 1 minggu dan siram secukupnya. Lepas seminggu baru slow-slow dedahkan pada cahaya matahari.

Langkah 6

Menyiram- Jangan siram sehingga air bertakung dalam pasu/bekas. Cukup dengan membiarkan tanahnya lembap.

Langkah 7

Pembajaan- Elok gunakan baja kompos. Saya beri 2 minggu ke sebulan sekali. Anda juga boleh menaburkan serbuk telur ayam yang diblender dan kulit pisang yang dipotong kecil-kecil. Anda juga boleh menyiramnya dengan serum EM1, baja cecair ikan dan kompos teh secara berselang seli (sumber tanomkinotuan.blogspot).

BACA JUGA :: Cara Murah Dan Berkesan Kurangkan Racun PESTICIDE Dalam Sayuran

Langkah 8

Penuaian-Tanaman kobis boleh dituai 3 bulan setengah atau lebih selepas ditabur. Bulu-bulu halus juga sudah hilang. Potong pada pangkalnya.

tuai kobis

Sumber: Hariza Amrry

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

6 + 16 =