Inilah 6 Tip Elak Aura Negatif Dan Rasa Bosan Dalam Kediaman

Inilah 6 Tip Elak Aura Negatif Dan Rasa Bosan Dalam Kediaman | Pernah rasa tak rumah dah cantik, tapi emosi anda berasa suram? Ia di sebabkan terdapat aura atau cas negatif yang terperangkap di dalam kediaman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan anda tidak perasan akan kehadirannya.

Ia akan menyebabkan gangguan emosi dan jika dibiarkan akan menyebabkan dipresi dan kemungkinan memberi kesan kepada kesihatan. Oleh itu, untuk pastikan aura negatif ini terbebas dari kediaman anda, lakukan 6 perkara ini:

Semak 6 Perkara Untuk Elak Aura Negatif Berkumpul Dalam Rumah

1. BUKA TINGKAP

Menurut Silvia Christmann, Growth Coach and health and happiness guru, “udara segar adalah segala-galanya. Oleh itu, pastikan setiap pagi tingkap rumah anda di buka untuk memberi laluan keluar masuk udara segar di dalam kediaman. Yang paling penting, pastikan laluan udara di dalam kediaman tidak di halang walaupun hanya dengan sehelai langsir.

2. BAKAR KAYU DUPA

Kayu dupa atau kemenyan bukan lah amalan mistik, Ia telah digunakan sejak zaman dahulu bagi sebagai ubat dan rawatan rohani. Antara kayu dupa yang seusai untuk menyingkirkan aura negatif di dalam kediaman adalah Nag Champa. Kandungannya berupaya membersihkan udara di dalam kediaman disamping mengundang aura tenang.

3.BUANG ATAU BAIKI BARANG ROSAK

Barang atau kelengkapan kediaman yang telah rosak seperti kerusi patah walaupun sedikit dan boleh dibaiki, akan mengundang aura negatif kepada pengguna. Apa kata, anda segra baiki kerosakkan tersebut atau buangkan sahaja. Jangan biarkan ia terlalu lama
aura negatif

4. SEMBUR AROMA PATI MINYAK OREN

Umum tahu, rona kuning dan aroma oren mengundang semangat ceria. Disamping itu, sifat limau yang berasid dan sangat sesuai bagi tujuan penyingkiran kotoran. Oleh itu, untuk menyingkirkan aura negatif dan membangkit suasana ceria di dalam kediaman sembur atau diffuse pati minyak oren di dalam kediaman

5. BUANG BARANG YANG TIDAK DIPERLUKAN

Apa perasaan anda bila melihat counter top yang penuh barang berjaya dikosongkan? mesti legakan. Begitulah bila keadaan dalam rumah dipenuhi dengan barang yang tidak diperlukan.
barang lama

6. CAT DINDING DENGAN RONA KUNING

Warna memankan peranan penting dalam mencetus ambiance yang terbentuk di dalam sesebuah kediaman. Menurut pereka dalaman Ana Zuravlionva, warna kuning berupaya meneutralkan iron negatif yang terperangkap di dalam kediaman. Selain itu juga, ia membuatkan kediaman anda kelihatan lebih luas

aura negatifMacam mana boleh ke ikut 6 tip mudah ni? Tak susah pun kan. Seawal pagi bangun kita memang disyorkan membuka tingkap supaya udara sejuk pagi boleh masuk ke dalam rumah. Barang-barang rosak dan lama pula bukan sahaja memenuhkan ruang tapi mengumpul habuk sepatutnya mmg perlu dibuang.

Semoga perkongsian ini membantu anda membuang aura negatif dalam rumah anda, tak perlu lah sampai anda nak pindah rumah hanya kerana dah bosan dengan keadaan rumah sekarang.

BACA JUGA :: Pasang Sendiri Tinted Sliding Door. Rumah Kurang Panas, Aurat Famili Pun Terlindung!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two + six =