6 Pes Masakan Serba Guna Ini Mampu Mudahkan Kerja Memasak Kaum Ibu

6 Pes Masakan Serba Guna Ini Mampu Mudahkan Kerja Memasak Kaum Ibu | Bulan puasa nanti biasanya kaum ibu kalau boleh nak mudahkan semua kerja memasak. Maklumlah pulang kerja waktu petang ada sedikit saja masa untuk sediakan hidangan untuk suami dan anak-anak sebelum berbuka.

Sama juga situasi bila bersahur. Sebab itulah kena buat apa cara saja yang pantaskan kerja memasak. Terima kasih pada Awien Ariff yang sudi berkongsi tip yang bakal mudahkan kerja ibu di dapur.

Dia berkongsi cara membuat 6 jenis pes masakan yang boleh menyediakan pelbagai hidangan dalam masa yang singkat dari sambal, masak lemak, goreng-goreng hinggalah ke ikan atau ayam bakar. Semuanya boleh! Kalau ada tetamu datang mengejut untuk buka puasa pun tak de masalah!

6 Jenis Pes Masakan Serba Guna Yang Boleh Di buat Sendiri

1.Pes Cili Kering

  • Rebus cili kering dulu.
  • Blend cili Kering, bawang besar, bawang putih
  • Cili kering lebih kurang 1/2 kilo, bawang besar 4 biji, bawang putih 10 biji

Antara masakan yang boleh gunakan pes masakan ini:

  • Bihun Goreng
  • Mee Goreng
  • Kuew Teow Goreng
  • Maggie Goreng
  • Nasi Goreng
  • Asam Pedas
  • Sambal sotong
  • Sambal udang
  • Sambal ayam
  • Sambal ikan

Contoh masakan: Sambal udang petai

pes masakan

  1. Tumis PES 1 ( 3 SENDUK). MINYAK 5 SENDUK. Masak sambal kena guna banyak minyak. Nanti tak sedap.
  2. Dah pecah minyak, masukkan petai.
  3. Masukkan Udang & Asam keping sedikit.
  4. Rasakan dgn garam & perasa/gula.SIAP!
  5. Note: Cuci udang bersih-bersih kepala tu buang ok!

2. Santan Kotak

Kalau nak buat santan perah sendiri lagi bagus, letak kat dalam plastik bungkus masuk freeezer.

3. Pes Ikan Bakar

pes masakan

  • Blend serai, halia, lengkuas, kunyit hidup, bawang besar, bawang putih, Cili kering
  • Ok yang ini korang agak je lah ya. Serai tu lebih sikit. Balance kan semua bahan-bahan.
  • Dah siap, please masak dulu ya. Masukkan garam, gula Melaka. Sejukkan kemudian simpan dalam peti ais.

Antara masakan yang boleh gunakan pes ini:

  • Ikan Bakar
  • Rendang ayam
  • Rendang daging
  • Rendang kerang
  • Masak hitam
  • Kerutuk
  • Kuzi
  • Ayam Masak Merah
  • Ayam bakar

Contoh masakan : Ikan kembung bakar

pes masakan

Cara membuat:

  1. Cuci ikan bersih-bersih.
  2. Perap ikan guna PES 3.
  3. BAKAR!
  4. Nota: Kita niaga ikan & ayam bakar mmg pakai ni!

4. Pes Masak Lemak

pes masakan

  • Bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili akar warna hijau
  • Bawang besar 3 biji
  • Bawang putih 8 biji
  • Halia seketul
  • Kunyit hidup sebiji
  • Cili Hijau (ikut nak pedas mana)

Antara masakan yang boleh gunakan pes masakan ini:

  1. Masak lemak ayam,
  2. Masak lemak daging
  3. Masak lemak ikan
  4. Masak lemak ikan masin

Contoh masakan : Masak lemak ikan masin

pes masakan

Cara membuat:

  1. Tumis PES 4 (3 SUDU) bersama 1 batang serai yang diketuk.
  2. Dah naik bau, masukkan santan & air sedikit.
  3. Masukkan asam keping
  4. Masukkan ikan masin yang sudah dicuci terlebih dahulu.
  5. Masukkan kentang yang sudah direbus terlebih dahulu.
  6. Masukkan Bendi, tomato dan daun kunyit yang disimpul.
  7. Rasa dahulu, kalau kurang masin, letak garam sedikit.

5. Pes Cili Api

pes masakan

  • Cili, Bawang Merah (yang kecil), Bawang putih
  • Cili 20 biji (kita guna cili akar je, rumah ni tak makan pedas)
  • Bawang merah 10 biji
  • Bawang putih 5 biji

INI KATEGORI PES MASAKAN SERBAGUNA.

Antara masakan yang menggunakan pes masakan ini:

  • Nasi Goreng
  • Bihun Goreng
  • Mee Goreng
  • Maggie Goreng
  • Sambal ayam hijau
  • Ikan sambal cili api
  • Segala jenis tumis boleh guna pes ni (tumis sayur etc)

Nota: Kita berniaga ikan & ayam bakar memang pakai ni

Contoh masakan : Sambal cili ikan kembung

Cara membuat

  1. Goreng ikan terlebih dahulu.
  2. Tumis pes 5 SENDUK sampai terbit minyak dalam minyak gorengan ikan tadi.
  3. Masukkan bawang merah yang dipotong bulat.
  4. Masukkan garam & gula sedikit.
  5. Masukkan ikan goreng tadi.

6. Pes Kari Ayam/Ikan

  • Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili, serbuk kari
  • Bawang merah 20 biji
  • Bawang putih 10 biji
  • Cili merah 5 biji
  • Halia 3 inci (lebih kurang seketul)
  • kunyit hidup 2 inci (lebih kurang seketul)
  • Serbuk kari ayam (3 peket kecil)

ANTARA MASAKAN YANG BOLEH GUNA PES MASAKAN NI:

  1. Of course kari ayam
  2. Kari daging
  3. Kari telur
  4. Ikan Bakar Portugis

Sumber: Awien Ariff

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

17 − seven =