Home All Pengetahuan Am 6 Kegunaan Surat Khabar Lama Dan Kertas Terpakai Yang Ramai Tak Praktikkan...

6 Kegunaan Surat Khabar Lama Dan Kertas Terpakai Yang Ramai Tak Praktikkan Di Kebun

5582
0
surat khabar

Selalu kita dengar kehebatan Baking Soda dan cuka sama ada untuk tujuan mencuci di dalam kediaman mahupun kebun. Sebenarnya, ada lagi satu barang atau bahan yang kita tak perasan sebenarnya banyak kegunaan.

Selain menyampaikan maklumat dan informasi, surat khabar yang selesai dibaca akan dibuang atau dilonggokkan satu tempat. Bila dah banyak menimbun, jual dekat pusat kitar semula. Selain tu, ada yang guna sebagai alas untuk siang sayur, kupas bawang atau lapisan pembungkus.

Sebenarnya, surat khabar dan kertas terpakai banyak manfaatnya pada tanaman. Selain itu, ada 6 lagi kegunaan surat khabar yang mungkin kurang dipraktikkan di Malaysia namun menjadi pilihan mereka yang gemar berkebun di Barat. Antaranya ialah:

1. Bahan kompos

Memang ramai gunakan surat khabar yang telah diracik sebagai salah satu bahan kompos. Ia membantu memperbaiki struktur medium kompos di samping berupaya mengurang pembebasan bau yang terhasil ketika proses pereputan.

Namun, anda perlu elak helaian yang mempunyai cetakkan penuh seperti paparan iklan. Disamping itu juga, jangan guna kertas yang jenis berkilat kerana ia mengandungi kadar karbon yang tinggi.

surat khabar

2. Medium untuk tanaman umbisi

Untuk tanaman umbisi seperti kentang dan keledek, sudah pasti anda memerlukan batas yang sentiasa dalam keadaan gembur. Ia bertujuan untuk memastikan ubi yang dibentuk bersaiz optimum.

Selain melakukan gemburan secara kerap, anda boleh cuba campurkan medium tanaman yang digunakan untuk menanama kentang atau keledek dengan surat khabar yang telah diracik.

Surat khabar racik tadi dapat membantu memperbaiki struktur medium tanaman di samping memastikan ia sentiasa dalam keadaan gembur.

3. Bekas semaian

Bagi anda yang sukakan aktiviti lebih mencabar dan menarik ketika berkebun, cuba hasilkan sendiri bekas semaian biji benih daripada surat khabar.

Ia juga sesuai dijadikan sebagai aktivi hujung minggu seisi keluarga dengan mengalakkan penglibatan anak-anak.

Bila anak pokok sudah sedia untuk dipindahkan ke tapak kekal, anda boleh terus tanam sekali dengan mangkuk atau bekas semaian yang diperbuat daripada surat khabar tersebut kerana ia akan menjadi baja.

surat khabar

4. Mencegah serangga

Teknik ini memang jarang dan rasanya tak ada yang guna. Di negar Barat, untuk mengawal serangan serangga di kitchen garden, mereka akan gunakan surat khabar yang direndam kedalam minyak pati.

Caranya penyediaan minyak pati untuk menghalang serangga adalah dengan mencampurkan minyak pati peppermint, rosemary, basil, thyme dan bawang putih. 10 titik diperlukan bagi setiap satu minyak pati.

Campur sampai rata dan semburkan di atas surat khabar. Jangan terlalu basah. Kemudian letakkan surat khabar yang telah disembur campuran minyak pati tadi di batas tanaman. Ia juga sesuai untuk tanaman berbunga.

5. Sungkupan

Sebagai pekebun mahu pun petani sama ada untuk komersial atau sebagai hobi, tugas utama anda dalah melindungi tanaman dari sebarang serangan serangga, penyakit dan rumpai yang bakal mengancam tanaman.

Sudah pasti , bahagian yang kerap dan mudah menerima jangkitan adalah berpunca daripada tanah berhampiran tanaman. Cara penyelesaian paling mudah untuk melindungi batas tanaman anda adalah dengan menggunkan sungkupan.

Terdapat pelbagai pilihan sungkupan termasuklah batu, wood chip dan sebagainya. Salah satu pilihan sungkupuan yang boleh anda gunakan adalah surat khabar. Racik surat khabar lama dan taburkan pada batas tanaman.

Ia bukan sekadar melindungi tanaman dari kehadiran rumpai dan serangga perosak, malah membantu mengekalkan kelembapan medium. Selain itu juga, ia berupaya menjadi baja kompos kepada tanaman anda.

6. Pelindung semaian

Kebiasaanya usai tugas menyemai biji benih, anda akan tutup batas atau bekas semaian dengan sungkupan seperti daun lalang, dahan kelapa dan sebagainya. ia bertujuan melindungi biji benih yang disemai daripada serangan serangga dan unggus seperti burung.

Surat khabar juga antara pilihan pelidung terbaik untuk melindungi biji benih yang telah disemai. Ia berupaya memberi perlindungan berganda kepada tanaman anda.

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here