Khasiat Mengamalkan Minum Air Rebusan Nasi & Air Cuci Beras Yang SANGAT MENAKJUBKAN!!

Khasiat Mengamalkan Minum Air Rebusan Nasi & Air Cuci Beras Yang SANGAT MENAKJUBKAN!! | Kalau sudah memang rakyat Malaysia, semestinya tidak boleh lari lagi dari makan nasi. Nasi adalah salah satu makanan wajib bagi rakyat Malaysia, mahupun bangsa melayu, india atau cina. Nasi dikategorikan sebagai karbohidrat, jadi tubuh badan kita semestinya memerluka karbohidrat.

Beras sekarang ada pelbagai jenis antaranya beras putih, beras perang, beras basmathi dan lain-lain lagi. Setiap beras ada khasiatnya tersendiri yang boleh kita beli di pasaraya atau kedai runcit. Jadi, setiap rumah mesti ada beras di dapur.

Sebelum kita masak nasi menggunakan periuk nasi elektrik atau masak atas api, perkara utama yang perlu kita lakukan adalah basuh dahulu beras tersebut. Ia bertujuan untuk membuang habuk pada beras tersebut. Tetapi tahukah anda, air rebusan nasi itu lebih baik daripada nasi tersebut?

air rebusan beras

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai khasiat air rebusan nasi. Info ini dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi. Beliau merupakan pakar pemakanan yang juga bekas saintis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Suri.

BACA JUGA : Inilah Cara Memastikan Nasi Mentah Kembali Gebu Dan Sedap Dimakan

Apa itu air rebusan nasi?

Air rebusan nasi (tanji) lebih berkhasiat berbanding nasi itu sendiri. Air tajin adalah air yg diambil semasa nasi mendidih. Air nasi kaya bahan coumaric dan ferulik (bahan bersifat antikanser, antidiabetis dan antioksidan). Air nasi dari beras perang dan beras berwarna didapati tinggi bahan berkhasiat (antioksidan) berbanding beras biasa

Khasiat air rebusan nasi

  • Jika seseorang tidak sihat contohnya demam atau diarrhea minumlah air nasi.
  • Air nasi oleh membantu mengatasi masalah angin, sembelit dan diarrhea.
  • Air nasi juga menstabilkan suhu badan dan elakkan dehidrasi.
  • Bantu kurangkan berat badan.

*Selepas ini, ketika masak nasi, boleh lah ambil sedikit air rebusan nasi tersebut untuk diminum jika ada masalah sembelit. Bagi yang ingin menurunkan berat badan juga boleh minum air rebusan nasi tersebut. Selain tu, jika anak demam dan ingin cepat sihat bolehlah minum air rebusan nasi. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Khasiat Air Basuhan Beras

Sebelum kita masak nasi, mesti kita akan bilas dahulu beras sampai bersih, ya dak?? Haa untuk pengetahuan semua, jangan dibuang terlebih dahulu air cucian beras tu tau! Banyak kegunaan yang korang boleh guna sebenarnya. Nak tahu apa kegunaannya?? Jom baca kat bawah ni :

1)Mencerah dan menghilangkan bintik hitam??

Kalau korang nak tahu, air beras sangat berkesan untuk mencerahkan kulit. Selain itu, air beras ini boleh menghilangkan jeragat malah protein yang terkandung dalam air beras dapat meningkatkan produksi kolagen pada kulit kita.

2) Pembersih wajah semulajadi

Ambil air beras yang kali ketiga selepas membasuh beras dan basuh kulit wajah korang. Tepuk-tepuk wajah korang dan biar ia mengering. Jangan lap tau, biar je ia kering sendiri okay! Kemudian, korang boleh bilas dan lihat hasil kulit akan jadi lebih segar.

3) Boleh Hilangkan jerawat !

Ambil air cucian beras yang kali ketiga mencuci beras dan basuh wajah korang. Kemudian, biarkan ia mengering. Muka korang akan jadi sedikit pedih dan lama-kelamaan jerawat akan kecut..

4) Atasi masalah kulit berminyak.

Korang cuci ce muka korang dengan pencuci biasa, kemudian bilas dengan air cucian beras. Lakukan setiap hari dan korang akan peroleh hasil yang diiginkan.

5) Cerahkan kulit korang.

Kalau nak putih cepat, basuh muka 2 hingga 3 kali seminggu. Bukan sahaja lebih cerah, kulit korang akan jadi lembut dan halus.

6)Mengecilkan liang pori

Ambil kapas, kemudian korang celup dalam air cucian beras dan sapu pada wajah korang okay! Tekap pada wajah korang secara perlahan-lahan kerana ia akan mampu mengetatkan pori-pori dan ia akan kelihatan lebih kecil.

7) Masker rambut

Korang tuang air cucian beras pada kulit kepala dan biar aje selama 20 minit okay! Lepas 20 minit, korang bilas guna shampoo tau.

BACA JUGA :: Selain Untuk Masakan, Daun Pandan Boleh Atasi Jerawat Yang Berumah Di Wajah Korang!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

five − 2 =