Rupanya Inilah 7 Kebaikan Mentega Kacang Untuk Kesihatan Kita Yang Mungkin Ramai Belum Tahu

Pasti ramai yang suka dengan mentega kacang yang dimakan dengan bersama roti atau apa saja yang sesuai dimakan dengannya kerana mentega kacang sangat sedap disukai ramai orang.

Kekacang juga tersenarai antara makanan utama yang dapat membantu menurunkan berat badan sebagaimana yang dikatakan oleh para penyelidik daripada Harvard.

Makan 1-2 sudu mentega kacang bersama roti bakar bijirin penuh (pelepasan perlahan karbohidrat). Bagi mereka yang mengamalkan diet sihat, mesti mentega kacang ni barang wajib di beli setiap bulan.

BACA JUGA :: Epal Hijau, Mentega Kacang Untuk Kurus?

mentega kacang

Namun, ada juga yang tidak menyukai mentega kacang dan katanya ianya memberhaya jika dimakan dengan kerap kerana kandungan gula terlalu tinggi dan ini tidak menyihatkan badan.

Tetapi, sebenarnya makanan ini ada juga kebaikannya untuk kesihatan manusia. Mungkin selepas ini, sesiapa yang tidak menyukainya akan suka dan akan memakannya dengan kerap selepas tahu khasiat dan kebaikan mentega kacang.

7 Kebaikan Mentega Kacang Untuk Kesihatan Kita

Baik Untuk Kesihatan Jantung

Mentega kacang mengandungi lemak yang tidak tepu, selain kaya dengan protein yang tinggi. Fungsi lemak ini untuk melindungi kesihatan jantung daripada penyakit berbahaya kardiovaskular. Ia juga membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah yang juga menurunkan peluang untuk pengembangan penyakit jantung.

Baik Untuk Saluran Pencernaan

Mentega kacang dipercayai mempunyai serat yang amat baik bersama dengan nutrisi dan protein lain. Serat sememangnya amat pentng untuk kesihatan badan terutama yang berkaitan dengan sistem pencernaan.

Baik Untuk Membina Otot

Kandungan protein yang terdapat di dalam mentega kacang sangat penting untuk memperbaiki dan juga pembinaan otot. Mentega kacang juga akan membuatkan perut anda lebih kenyang sekiranya diambil pada waktu pagi iaitu untuk sarapan.

Baik Untuk Menguatkan Tulang

Mentega kacang mengandungi magnesium dan kalsium yang diperlukan untuk menguatkan tulang. Ia bukan sahaja baik untuk kanak-kanak, malahan sangat baik untuk orang dewasa bagi mencegah osteoporosis.

Satu hidangan mentega kacang memberikan anda sekurang-kurangnya 3 mg antioksidan vitamin E. Anda juga akan mendapat khasiat magnesium (kira-kira 49g) yang sangat baik untuk membina tulang dan pemulihan otot serta sejumlah kecil daripada vitamin B6 (0.17mg) tetapi masih membantu meningkat imuniti anda.

Baik untuk Kesihatan Kulit

Mentega kacang mengandungi magnesium, antioksidan, serat, kalium, protein dan lemak tepu yang dikatakan sangat baik untuk kecantikan dan kesihatan kulit.

Menjadikan anda bijak

Kajian mendapati lemak monounsaturated dalam makanan seperti kacang dan minyak zaitun adalah perlindungan terhadap kesihatan dan fungsi otak. Ciri-ciri antioxidative dan anti-inflamasi kacang membantu mengurangkan tekanan (atau kerosakan oksidatif) ke otak. Jadi untuk kanak-kanak yang sedang membesar, mentega kacang sesuai untuk diambil kerana ia boleh merangsang pertumbuhan sel-sel otak.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three × two =