4 Risiko Jika Hadkan Kalori Semata-mata Untuk Kurus, Ini Perkongsian Dari Dr. Hafiz Sulaiman

Awas ya! Dalam mencapai usaha untuk kurus ramai tidak tahu kesan diet mungkin merosakkan kesihatan tanpa kita sedari. Jadikan pedoman di bawah ini sebagai peringatan supaya berwaspada ketika berdiet.

Ini perkongsian dari Dr. Hafiz Sulaiman berkenaan perkara ini:

1) MENINGKATKAN STRES DALAMAN.
Kaedah yang menyebabkan badan stres ialah menghadkan makan sampai ada yang limit kalori bawah 1000kcal berminggu-minggu. Contoh diet yang pernah saya cuba amalkan seketika dulu, HCG diet. Diet tu tak salah, badan kita boleh adaptasi dengan kalori rendah (kebanyakan orang). Silapnya ada pengamal tak ikut protokol betul-betul.

Badan akan jadi terbeban kerana peningkatan radikal bebas (peroxyl radical). Ini kerana badan kekurangan gula dan mula pecahkan lemak untuk tenaga (ketosis). Stres dalaman (radikal bebas) berpotensi merosakkan organ dalaman.

SOLUSI : Perbanyakkan makanan tinggi antioksida dan antiradang bagi mengurangkan keradangan dan stres dalaman. Jika perlu, ambil suplemen tambahan.risiko hadkan kalori sehari, cara kira kalori yang diperlukan, jumlah kalori sehari, keperluan kalori seharian, diet hadkan kalori

2) MENYEBABKAN KEKURANGAN ZAT.
Diet dengan kalori sangat rendah WAJIB PADAT NUTRISI. Bukan diet dengan biskut dan roti sekeping dua yang sangat rendah nilai nutrisi.

Bila kurang makan, bebanan stres dalaman meningkat dan badan memerlukan lebih banyak nutrien untuk adaptasi dengan stres yang meningkat. Zat seperti protein diperlukan untuk membaiki kerosakan akibat stres yang meningkat.

Antioksida luaran melalui pemakanan diperlukan untuk menyokong antioksida badan mengurangkan kerosakan disebabkan radikal bebas yang meningkat. Banyak zat dan mineral penting perlu untuk menyokong detoksifikasi di organ hati terutamanya fasa1.

SOLUSI: Pelbagaikan makanan yang semulajadi. Fokus kepada makanan padat nutrisi. Suplemen dengan multivitamin jika perlu.

3) MENYEBABKAN BERAT SUSAH TURUN.
Stres dalaman yang tidak terkawal akibat menghadkan kalori boleh meningkatkan stres dalaman. Hormon stres iaitu kortisol akan meningkat dan badan akan mula menyimpan lemak dan air. Berat badan akan susah turun (plateau).

SOLUSI: Kurangkan stres dalaman. Jika tidak berjaya, kemungkinan kalori perlu dihadkan secara beransur.

BACA JUGA: Bagi Yang Nak Diet Untuk Kurus & Sihat, Kenal Dulu Jenis Oat, Nampak Sama Tapi Kesannya Berbeza

4) RISIKO KEINGINAN MAKAN MEMUNCAK (CRAVING).
Hormon stres iaitu kortisol juga menyebabkan kita merasa “craving”. Selain daripada itu, hormon yang meningkatkan keinginan makan iaitu GHRELIN juga meningkat ketika stres.

SOLUSI: Kurangkan stres dalaman. Oleh kerana jika penghadan kalori sudah tentu meningkatkan stres dalaman, elakkan stres boleh cegah lain seperti jaga kitaran tidur, stres daripada toksin persekitaran dan stres daripada emosi toksik.

Kesimpulannya jika ingin berdiet terutamanya dengan menghadkan kalori, sebaiknya buat pemeriksaan kesihatan dahulu. Pemeriksaan darah penting terutamanya bagi mereka yang berumur lebih 30 tahun bagi memastikan organ badan sihat dan mampu berfungsi dengan baik ketika berdiet. Kurangkan bebanan toksin dan stres dalaman berlebihan.

Semoga perjalanan ke arah kurus yang lebih sihat menjadi lebih mudah insha Allah

Sumber : Hafiz Sulaiman

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment