Home All Petua Kesihatan Diri 4 Manfaat Kulit Kayu Manis Bantu Anda Kurangkan Berat Badan

4 Manfaat Kulit Kayu Manis Bantu Anda Kurangkan Berat Badan

4 Manfaat Kulit Kayu Manis Bantu Anda Kurangkan Berat Badan 1

Kayu manis memang lebih dikenali menjadi salah satu bahan masakan. Tapi sebenarnya, sejak dahulu kala, kayu manis dijadikan salah satu bahan ubat herba alami semulajadi yang mampu menyembuhkan beberapa penyakit seperti contohnya gangguan pencernaan.

4 Manfaat Kulit Kayu Manis Bantu Anda Kurangkan Berat Badan 2
ceylon cinnamon sticks

Insulin dan tekanan darah

Kayu manis meningkatkan sensitiviti insulin dan menurunkan tekanan darah, sehingga berpotensi menurunkan risiko diabetes jenis 2 dan tubuh dapat lebih mudah menurunkan berat badan.

Metabolisme Tubuh

Kayu manis membantu meningkatkan metabolisme kerana tubuh menggunakan tenaga lebih untuk mengolah kandungan kayu manis berbanding ketika memproses bahan makanan lain. Perkara ini bagus kerana tubuh membakar kalori lebih banyak.

Merasa bahagia / Melepas tekanan

Benda ini meningkatkan rasa bahagia kerana aroma kayu manis mampu membantu tubuh melepaskan hormon melatonin (stres) dan merangsang pelepasan endorfin sehingga kamu merasa lebih tenang. Badan yang bebas tekanan dan bahagia sangat membantu memudahkan penurunan berat badan.

Rendah Kalori

Kayu manis sangat rendah kalori. Apabila dicampurkan ke masakan atau minuman, tidak akan memberi kesan kepada pengambilan kalori pada makanan, sehingga membuat tubuh kamu tetap boleh menjaga pengambilan kalori.

Itu dia empat perkara yang kemungkinan besar boleh disumbangkan kayu manis jika berkaitan dengan diet sihat. Meskipun memang tidak adalah berkesan makanan lain seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi serat dan boleh mengenyangkan perut, tapi kayu manis memang boleh membantu proses kejayaan diet.

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here