Inilah 3 Jenis Pisau Perlu Ada Di Dapur,Kena Tahu Jenis & Kegunaannya Juga!

3 Jenis Pisau Perlu Ada Di Dapur,Kena Tahu Jenis & Kegunaannya Juga! | Perasan tak, ada masa bila kita potong sesuatu ia jadi tak kemas atau hancur. Bukan sebab pisau tak tajam tapi salah jenis dan kegunaanya.

Kena tahu pisau ada jenis-jenis dan kegunaannya yang tersendiri. Lagi pula untuk kegunaan harian di dapur. Bukan main sebarang guna je. Barulah memudahkan kerja memasak dan urusan potong memotong.

Untuk tahu lebih lanjut, tambah ilmu mengenai jenis pisau ini daripada perkongsian amatur yang dikongsikan oleh Mohd Faeez Harith di page Tukang Apa Hari Ini sebagai rujukan.

“Saya menjadi tukang sembelih musim korban sejak 2012, dari situ lelaki belajar jenis pisau dari tukang-tukang lama dan tukang-tukang masak.”

jenis pisau

JENIS-JENIS PISAU DAN KEGUNAANNYA

1)Paring Knife

Pisau kecil dengan saiz bilah biasanya 3 inci panjang, digunakan untuk potong bawang atau kupas kulit buah-buahan atau sayur dan sebagainya.

2)Boning Knife

Pisau berbilah boleh lentur untuk kegunaan menceraikan tulang dari isi serta memotong bahagian-bahagian rawan dan sambungan tulang belulang.

3)Filleting Knife

Digunakan untuk menghiris nipis daging atau memisahkan isi ikan dari tulang.

4)Cleaver

Pisau pemotong serba guna dan boleh digunakan untuk menetak bahagian tulang atau cengkerang.

5)Skinning Knife

Gunanya untuk menceraikan daging dari kulit.

6)Butcher Knife

-Untuk memotong daging,atau sembelihan.Variasi saiz bilah berbeza untuk sembelihan, 6 inci ke atas untuk kambing,lembu bersaiz sederhana

9 inci dan ke atas untuk lembu bersaiz besar atau kerbau. Ada beberapa variasi bentuk juga.Yang kepunyaan saya ini jenis ‘bullnose’

7)Kitchen/Chef Knife

Pisau serbaguna di dapur

8)Serrated / Bread knife

Pisau bergerigi untuk memotong roti,kek dan sebagainya.

Penting;

a) Kalau di dapur anda hanya perlu ada sekurang-kurangnya 3 bilah sahaja pisau iaitu pisau bernombor 1,4, dan 7.Yang lain kalau ada kira bonus!

b)Jenama pisau ada pelbagai dan tak semestinya kualiti pisau bergantung pada jenama semata-mata.Yang lebih mustahak ialah cara penggunaan yang betul selain pengendalian pisau selepas digunakan.

Baca Lagi Di Sini: Nak Pisau Dapur Sentiasa Tajam Dan Super Power Bila Memotong? 5 Langkah Ini Perlu Dipatuhi

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi selepas ini pastikan guna pisau mengikut jenis dan kegunaannya. Tak semestinya kena ada pisau yang berjenama, paling penting kena tahu guna dan kendalikan pisau selepas digunakan.

Sumber:
محمد فائز حارث البكاني

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

19 − 4 =